
Admin di undang ke grup Whatsapp kualiti kampung-kampung.
Pada mulanya admin biarkan mereka saling memperbodoh sebab rata-rata ahlinya adalah juga penyokong Warisan tetapi lama kelamaan kuat mengada-ngada. Mungkin merasa diri mereka sudah berakal sebab tidak ada orang yang membantah mereka. Hahaha!
Ada satu komen mereka yang bikin kesian. Menyumpah pada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sebab kononnya telah mengambil pesta Regatta Lepa dari Semporna dan dibawa ke Kota Kinabalu. Kamu tengok betapa ceteknya pemikiran orang seperti itu, nampak sangat nol.
Kawan kata, dia kenal orang yang menyumpah tu, sekolah pun tidak habis tapi cuba berlagak seperti orang yang berakal, adanya seorang politician.
Mereka tidak tahu yang mengusulkan atau mencadangkan pesta Reggata Lepa turut diadakan di Kota Kinabalu adalah orang Semporna sendiri atau pemimpin UMNO Semporna seperti Haji Hajan dan pemimpin UMNO lain yang ada kaitan keluarga dengan Shafie Apdal.

Bukannya Bersatu atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji yang mencadangkan Reggata Lepa diadakan di Kota Kinabalu. Pokoknya tidak ada kaitannya pesta Reggata Lepa Semporna dengan kepimpinan kerajaan negeri atau Parti Bersatu atau GRS. Tolonglah!
Tidak ada faedahnya pun mengurus pesta yang diakui milik total parti Warisan. Tengok saja sekarang, belum apa apa lagi sudah tersebar propaganda fitnah dan bohong ke atas pihak yang tidak bersalah.
Apa lagi, apa pun yang dilakukan oleh kerajaan GRS akan di tentang oleh penyokong Warisan yang kebanyakannya cetek pengetahuan am dan pemikiran. Jangan hairan kenapa Warisan terus dipertahankan khususnya di Kubu Warisan ini kerana disana masih ramai orang kampung yang minat berpolitik tapi tidak memiliki asas pendidikan yang sewajarnya hingga melayakkan mereka menceburi bidang politik.
Kekeliruan penyokong Warisan ni sudah sampai ke tahap kritikal hingga tidak sedar mereka berkawan dengan orang-orang yang sebenarnya bermusuh dengan diri mereka. Satu pihak suka meminta pujian yang seorang lagi tukang cucuk yang hanya memperalatkan mereka. Ngamlah tu dua pihak yang bermusuh dengan kebenaran saling bekerjasama. Ironinya golongan dangkal seperti mereka, berani memusuhi orang yang amanah. Alahai!
Setakat manalah sifir mereka tu.
Itulah pentingnya ada ilmu dan jati diri dan yang penting ada semangat nasionalisme. Bukan setakat pandai menggunakan Whatsapp, sebab yang buta huruf pun kenal apa itu aplikasi Whatsapp.
Laskar Warisan itu sama dengan atitud pengundi Bongbong di Filipina.
Sudah ada calon mantan Presiden Rodrigo Dutarte yang membanteras kegiatan jenayah seperti penculikan, rompak dan pengedaran syabu tapi tidak di sokong malah yang disokong dari legasi Presiden Ferdinand Marcos yang telah mengusir dan membunuh ramai penduduk Tawi Tawi hingga menjadi pelarian di Sabah. Lepas itu diberikan Ic projek dan diberikan peluang menuntut atau menerima pendidikan, hari ini ada diantara mereka yang menjadi totok Warisan.
Kalau begitu sampai bila lah mereka menjadi warganegara yang baik agar pemerintah terus terbuka membantu mereka. Tinggalkan Warisan tu, alahai. Sebelum segala laganya di tarik balik.
Lain kali luaskan dulu pengetahuan am tu jangan mudah mencaci Ketua Menteri, sedangkan beliau bertungkus lumus memastikan keharmonian rakyat Sabah termasuk totok Warisan.