
Peter Anthony bekas pemimpin Parti Warisan yang juga Adun Melalap didapati bersalah oleh hakim mahkamah sesyen, Azura Alwi hari ini, kerana memalsukan surat berhubung kerja kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan elektrik di Universiti Malaysia Sabah.
Waktu itu Peter adalah Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sendirian Berhad.
Surat palsu itu dibuat di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Putrajaya, pada 13 Jun hingga 21 Ogos 2014 dan ditujukan kepada pejabat timbalan Naib canselor UMS yang bertarikh 9 Jun 2014.
Tahun 2014, ketika ini Shafie Apdal selaku bos Peter Anthony adalah Menteri di Kementerian KKLW. Biar kamu orang nampak kenapa Peter Anthony berani melakukan pemalsuan berkenaan.
Oleh itu Peter Anthony dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000.
Namun demikian peguam Peter Anthony meminta agar hukuman ditangguhkan. Sementara rayuan dikemukakan.
Tidak ada isu, tidaklah kesalahan yang dilakukan oleh Peter ini lebih besar dari skandal pemimpin UMNO, Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam Yayasan Akal Budi dan 1MDB.
Tidak juga sebesar kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin Warisan yang mana sehingga hari ini mereka masih dibicarakan.
Jadi pada penyokong UMNO dan Warisan, jangan kamu berlagak suci. Ambil cermin tu dulu!