15 Ribu Petisyen Menolak Tajuddin Sebagai Duta Besar Ke Indonesia

Inilah masalahnya bila rakyat mulai bosan dengan retorik yang dimainkan oleh pemimpin dan jentera UMNO. Kamu pun tahu kan, tidak ada isu yang memalitkan pemimpin UMNO jika isu tidak dinafikan bulat bulat tanpa sikitpun ada perasaan bersalah dan rasa tanggungjawab.

Rasa tanggungjawab dan rasa bersalah disini bermaksud melepaskan jawatan yang di sandang atau paling tidak mendiamkan diri tanda sama ada tuduhan itu palsu atau paling tidak enggan memanjangkan cerita.

Seperti apa yang berlaku pada Tajuddin berhubung perlantikannya sebagai duta besar ke Indonesia. Begitu ramai rakyat dan NGO yang menolak perlantikannya.

Dulu Tajuddin terkenal dengan suara lantang tidak bertempat dan sering menegakkan benang basah walaupun jelas salah di mata majoriti rakyat.

Sebenarnya cerita ura ura perlantikan Tajuddin telah lama dan sememangnya dari peringkat awal lagi pemerintah Indonesia menolaknya. Entah kenapa akhirnya diterima. Justeru itulah menjadi modal rakyat dan pembangkang untuk menghentam UMNO.


SETAKAT jam 10.35 pagi tadi, seramai 14,975 orang sudah menandatangani petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan membatalkan pelantikan Ahli Parlimen Salak Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar ke Indonesia.

Petisyen itu dilancarkan semalam oleh kumpulan Bangsa Malaysia, ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Ismail Sabri dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Malaysia Insights

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: