
Tun Dr Mahathir mendakwa Najib sudah gila kerana hujahnya yang tidak masuk akal, King bermaksud Rakyat.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Najib bahawa amalan duit adalah segala-galanya atau ” cash is king” semasa berdebat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim minggu lalu.
Kan! seperti yang admin tulis semalam, tampaknya Najib itu sudah gila atau tidak lagi siuman akibat terkena “busung” atau sumpahan rakyat.
Busung atau sumpahan ni kalau mengena, seseorang akan mudah lupa, paling ketara tidak ada lagi rasa malu.
Bukankah hanya orang gila yang tidak lagi rasa malu? kan!.
Tengok, hakim telah mendapati Najib kantoi mencuri di Mahkamah, tapi tetap bersikap angkuh. Malu apa bosku.
Tetap mendakwa Najib di fitnah melalui skandal 1MDB atau SRC dan mengeluarkan kenyataan yang sangat bertentangan. Seperti konon Hakim Nazlan telah di rasuah oleh Jho Low sebab itu Nazlan menjatuhkan Najib bersalah.
Sedangkan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan juga mendapati Najib bersalah dalam kes SRC yang sama, adakah mereka individu bernama Nazlan?
Secara logiknya kalau benar Jho Low telah merasuah Nazlan, maka sepatutnya Najib menang dalam perbicaraan SRC. Betul tak? ini malah di hukum penjara 12 tahun dan denda ratusan juta ringgit.
Enam dekad rakyat memberi kepercayaan penuh pada kepimpinan UMNO supaya menjaga dan mengurus negara dengan baik. Tapi alih alih Presiden UMNO dan pemimpin UMNO lain kantoi mencuri dana syarikat tidak wujud 1MDB untuk tengkuk mereka.
Kalau ia pun mahu kaya supaya mudah membantu rakyat yang memerlukan, pergilah cari projek dan siapkan seperti yang tertulis dalam spek kerja. Jangan kau ambil langsung dari kotak Pandora.
Cash is king kalau menurut Najib disini, king itu adalah rakyat. Tapi pada hakikatnya sehingga saat ini UMNO masih beretorik dengan kemiskinan orang Melayu walaupun mereka adalah totok UMNO.
Kredit untuk pencipta klip dibawah. Hahaha!