Kerajaan GRS Pertimbang Ambil Tindakan Undang² Kiranya 40% Cukai Hasil Sabah Tidak Ditunaikan – Masidi

Pandangan Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun mengenai tuntutan hasil kutipan cukai 40% Sabah dari Persekutuan, seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

RM125 juta setahun yang diterima oleh kerajaan negeri Sabah hari ini adalah semata-mata interim atau bersifat sementara, sementara tuntutan 40% sedang berjalan.

Oleh kerana itu kerajaan negeri Sabah GRS akan mempertimbang mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan 40% diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan erti kata lain kerajaan negeri akan mengguna pakai apa pun cara bagi menuntut 40% cukai hasil Negeri Sabah daripada kerajaan persekutuan.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, Kenapa tuntutan ini telah berlarutan lama dan sukar di tunaikan. Ini kerana sejak daripada awal Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh UMNO tidak memasukkan perkara perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 dalam perlembagaan.

Kamu nampak tak betapa kurang ajarnya UMNO ni mereka tahu mereka miskin dan Sabah Sarawak kaya dengan sumber alam tetapi kenapa tidak berani bersikap adil. Malah berlagak abang besar macam minda penjajah yang tidak reti berterima kasih.

Tahniah Datuk Masidi Manjun selaku wakil kerajaan negeri Sabah kerana bertindak berani dan tegas mempertahankan perjanjian 1963 yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.

Inilah yang diinginkan oleh majoriti masyarakat Sabah. Sudah cukup lama mereka bersabar tetapi nampaknya Kerajaan Persekutuan atau kerajaan UMNO sehingga hari ini memandang remeh seolah-olah mencabar kewibawaan dan keintelektualan orang-orang Sabah.

GRS, Sabah Maju Jaya

2 thoughts on “Kerajaan GRS Pertimbang Ambil Tindakan Undang² Kiranya 40% Cukai Hasil Sabah Tidak Ditunaikan – Masidi

Add yours

  1. Semasa si kawan ini menteri dalam parti UMNO-BN bukan main lagi di sanjung tinggi, memuji-muji UMNO-BN di Dewan masyarakat Ranau, dia juga yg melaung-laung hidup UMNO, hidup UMNO, hidup BN, hidup BN. Si kawan sanjung habis parti UMNO (Parti mewakili bangsa Melayu di Malaya) padahal dia sendiri suku Dusun. Ketawa berhabis pemimpin Melayu di Malaya yg orang Dusun memuja parti Melayu.
    Semasa dia menteri dalam UMNO-BN, tidak pernah dia suarakan cukai 40% untuk Sabah. Sekarang baru si kawan buka cerita.

    Kenapa sekarang baru bersuara? Untuk kasi Siok telinga rakyat Sabah kah supaya dapat bertahan pru 15 akan datang ini? Ha.. ha.. ha..

    Like

    1. Itulah namanya anjakan kepada yang lebih baik. Sabah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Datuk Masidi ini.

      Justeru keberadaan beliau di dalam menuntut hak hak Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, kena pada tempat dan masanya.

      Hari ini UMNO sarat dwngn pemimpin UMNO yang kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah. Masih relevan kah UMNO kalau begitu?

      Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: