Entah siapa lelaki budiman yang bercakap dalam video ini, namun isu yang dia angkat itu terlalu sensitif berkaitan penipuan dan pembohongan pemimpin UMNO atau Najib Razak ke atas hak hak orang Melayu atau bumiputera di negeri Perlis khususnya.
Kerana kandungan video ini benar-benar sensitif dan merujuk ke batang hidung mantan perdana menteri Najib Razak yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah akibat skandal mencuri wang rakyat dalam 1MDB. So agar tidak lagi menambah buruk namanya, seeloknya Najib bangkit dan menafikan tentang apa yang didakwa oleh individu berkenaan.
Pendedahan ini berkaitan tanah di Perlis yang telah dijual oleh Najib Razak kepada Raja gula, Robert Kuok. Mentang-mentanglah bapanya yang memperkenalkan FELDA teruslah seolah-olah FELDA itu dianggap milik keluarga Razak. Apa lah nasib hak hak bumiputera di tangan pemimpin pemimpin UMNO yang tamak kuasa dan harta dunia.
Kalau hak Melayu pun boleh dan sanggup di jual oleh pemimpin UMNO apa lagi hak kaum bumiputera di Sabah ini, pasti tidak ada masalah untuk diniagakan apa yang penting adalah kuasa.
Jadi pada orang Sabah dan Sarawak beringatlah sebelum benar benar terlambat, walaupun telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh UMNO. Kamu pun tahu apa yang admin maksudkan ini, jadi cukup cukuplah sudah tiba masanya bumiputera Sabah menunjukkan jalan keluar pada elitis UMNO plastik di negeri ini.
Kesimpulan yang kita dapat dari pendedahan ini ternyata benar pemimpin UMNO seperti Najib memang berani dan cerdik berbohong hingga orang yang melawan mereka terpaksa akur walaupun sedar Najib ketika itu sedang menipu dan berbohong.
Tinggalkan Jawapan