Orang Kuat UPKO Tuaran Keluar Dan Menyertai Bersatu

Berita yang menggembirakan Bersatu Sabah atau GRS BN sebaliknya akan menambah derita UPKO yang cuba bangkit selepas ditolak oleh majoriti pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Mengikut sumber di page Ketua Menteri Sabah Hajiji Haji Noor bahawa kelmarin di kediaman beliau di kampung Serusup, Tuaran beberapa pemimpin dan ahli UPKO yang pernah memegang jawatan di peringkat daerah dan negeri serta jawatan dalam parti telah bertindak meninggalkan UPKO dan menyertai Bersatu Sabah.

Mereka ialah OKK Johnny Tangar mantan Ketua Daerah Tamparuli merangkap pengerusi tetap UPKO Tuaran dan merupakan ahli majlis penasihat UPKO Sabah.

Juga terdiri dari mantan-mantan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Mantan Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Bahagian Dan Cawangan serta KOMULAKAN UKPO, ketua-ketua cawangan dan ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi UPKO Tuaran.

Mungkin kah peristiwa ini menjadi petanda atau bukti betapa sukarnya UPKO bangkit dari diterima semula oleh rakyat Sabah khususnya KDMR? begitulah terutamanya dari konteks KDMR apa lagi parti ini terlalu memandang keji kehadiran PATI sama seperti Warisan yang juga jelas mulai kehilangan sokongan dari majoriti KDMR dan sebahagian besar kerabat PATI.

Hari ini UPKO dan Warisan saling bersaing dalam usaha menonjolkan diri hingga tampak bermusuhan, tapi semua usaha itu sudah terlambat. Kegagalan dan kelemahan mereka sukar diterima oleh pengundi memandangkan dalam hanya tempoh dua tahun sudah pun ada diantara mereka yang disiasat oleh SPRM dan menjalani pendakwaan di Mahkamah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: