Kamu orang tahu kah bila fenomena ini tercetus? ia tercetus hanya setelah Malaysia di perintah oleh kerajaan Perikyatan Nasional.
Waktu itu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ke 8 memberikan lampu hijau pada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk membuat tuntutan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Lalu dibentuk lah jawatankuasa bertindak yang terdiri dari Kerajaan GRS dan GPS ironinya ahli jawatankuasa itu tidak melibatkan kepimpinan UMNO baik dari peringkat negeri mahupun persekutuan.
Sedangkan waktu itu baru saja UMNO mencanang agenda Borneonisasi sempena Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.
Mungkin akibat keputusan PRN Sabah yang tidak memberangsangkan UMNO. Dalam erti kata lain agenda Borneonisasi versi UMNO tidak mendapat sambutan atau sikit pun orang Sabah tidak menaruh keyakinan. Memandangkan UMNO lah yang bertanggungjawab merosakkan demografi Sabah.
Berbalik pada isu pokok, kerajaan GPS Sarawak akan menukar kedudukan Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri Sarawak. Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih pada mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Memang terbaik lah!
Ini bukan cerita baru ia telah dirancang atau diusahakan oleh kerajaan GRS dan GPS dan beritanya tersebar pada tahun April 2021. Baca link dibawah,
Hari ini atau sikit hari lagi laluan yang disediakan oleh Perdana Menteri ke 8 Tan Sri Muhyiddin akan dapat direalisasikan.

Kerajaan negeri Sarawak akan menukar gelaran ketua menteri kepada perdana menteri (premier) Sarawak.
Hal ini akan dilakukan melalui pindaan terhadap perlembagaan negeri apabila DUN Sarawak bersidang buat kali pertama sejak kemenangan besar GPS dalam pilihan raya negeri lalu.
Adun Bawang Assan, Wong Soon Koh, ketika dihubungi mengesahkan wakil rakyat Sarawak telah dimaklumkan mengenai pindaan perlembagaan itu.
“Ia adalah satu daripada lima rang undang-undang yang akan dibentangkan pada 15 Feb,” katanya.
Rujukan lain terhadap gelaran ketua menteri dalam perlembagaan negeri juga akan digantikan dengan premier di bawah Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.
Rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 7(A) perlembagaan negeri Sarawak untuk menukar gelaran pembantu menteri kepada timbalan menteri.
DUN Sarawak akan bersidang esok dan rang undang-undang pindaan perlembagaan itu akan dibentangkan pada Selasa.
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg yang mengetuai GPS meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak Disember lalu.
GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN. RUU itu dijangka akan diluluskan dengan mudah dalam sidang DUN. (Malaysiakini)