Warisan Bekerjasama Dengan UMNO? Propaganda Bohong dan Murahan

Blog yang tidak ada identiti tapi bercakap pasal kerjasama diantara dua parti di Sabah. Blog UMNO dari Malaya pula tu. Hemmm! Benar benar tidak ada urusan.

Untuk makluman blog itu juga yang mempertahankan UMNO Semenanjung pada pilihan raya umum ke 14, namun terbukti gagal. Walaupun waktu itu, sakan mana media pro Pakatan Harapan membuat fitnah dan propaganda ke atas UMNO begitu jugalah dengan blog berkenaan. Namun tersungkur!

Blog itu ialah Edisi Siasat dan Mykemut yang rakyat tahu 90% kenyataan yang mereka keluarkan selama ini, hampir tidak pernah terbukti benar. Ahhhh begitu juga dengan blog Warisan dua kali lima lah tu, jangan kita kecualikan.

Kali ini mereka menyebarkan propaganda kononnya Warisan dan UMNO akan bekerjasama sekaligus mendakwa jawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji akan ditukar oleh orang lain, dari UMNO lah tu kan, walaupun kerusi Warisan lebih banyak dari UMNO Sabah.

Propaganda ini telah membuat ramai penyokong Warisan yang gembira dan mulai mandi manda dengan emoji ketawa. Nampak sangat semakin terdesak. Entah entah juga propaganda ini didalangi besi buruk Warisan, siapa tahu kan?

Besi buruk Warisan bukan faham pun dengan taktik dan strategi Presiden mereka. Hahaha!

Cukuplah malapetaka hanya menimpa di Semenanjung angkara kemungkaran yang dilakukan oleh seorang dua pemimpin utama UMNO. Jangan pula selepas ini melarat hingga ke Sabah, memandangkan baru beberapa bulan UMNO menjadi sebahagian dari kerajaan Sabah tapi sudah kedapatan wang di dalam rumah mereka. Apa lagi sekiranya kuasa penuh berada di dalam tangan?

Bha tidak apalah, biasalah tu dalam politik, tapi kalau sudah kantoi tu jangan lagi menambah musuh dan semakin kuat berlagak, seperti hari ini.

Berdasarkan beberapa kejadian dan keputusan sebelum ini. Shafie atau Warisan amat maklum hanya melalui agenda anti UMNO, Warisan dapat bertahan di Sabah, ini terbukti pada pilihan raya umum yang lalu, dimana walaupun Warisan baru berumur setahun jagung tapi dapat mengalahkan ramai calon calon UMNO.

Shafie juga tahu pada pilihan raya negeri Sabah 2020 beberapa calon UMNO kalah kepada calon Bebas.

Kemenangan GPS dalam pilihan raya negeri Sarawak baru baru ini juga membuktikan keputusan tidak lagi bekerjasama dengan UMNO atau BN adalah formula berkesan bagi mendapatkan kemenangan.

Jadi tentang mana pula Warisan akan bekerjasama dengan UMNO sedangkan Pilihan Raya UMNO ke 15 semakin dekat? apa lagi Warisan telah membiak di Malaya.

Satu lagi hakikat yang perlu diakui oleh kepimpinan dan macai UMNO pusat. Tidak semua wakil-wakil rakyat UMNO dan Warisan akur pada kepimpinan yang kantoi maling.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: