Sebab itu jangan kamu pelik kalau isu atau kritikan yang kamu lemparkan ke atas seorang dua pemimpin UMNO tidak viral dengan sendirinya. Sebab news feed yang sepatutnya berjalan normal telah dikawal oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tidak mustahil perkara ini terjadi pada anda, betul tak?
Sebelum ini Najib pun mengomel bila jumlah yang melike postingnya berkurangan. Hahaha!
Sebaliknya jika mereka yang mengeluarkan satu satu isu, nanti cepat tu tersebar apa lagi kalau dikongsikan secara paksa oleh laskar parti.
Kalau dulu setiap isu yang kita paparkan di page peribadi akan terdapat di setiap dinding facebookers yang mengikuti anda. Tapi sekarang tidak lagi berlaku. Nasib baiklah ada Whatsapp. Hahaha!

PETALING JAYA: Kerajaan dilihat tidak senang dengan kritikan rakyat susulan cara mereka menangani banjir dengan menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), meminta Twitter memadam beberapa ciapan didakwa ‘melanggar undang-undang Malaysia’.
Setiausaha politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri Syahredzan Johan, berkata walaupun pihak Twitter menolak permintaan SKMM, namun tindakan seumpama itu perlu dikecam.
Katanya, tindakan berkenaan juga telah disahkan pihak SKMM sendiri.
“SKMM masih menggunakan ‘playbook’ sama seperti Kerajaan BN (Barisan Nasional) sebelum ini, iaitu dengan membungkam suara rakyat yang kritikal terhadap pemerintah.
“Kerajaan dan SKMM diingatkan bahawa kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Hak ini tidak boleh disekat dengan sewenang-wenangnya mengikut selera pemerintah,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana seperti banjir yang berlaku, baru-baru ini agar perkara sama tidak berulang kembali.
“…dan bukan melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.