
Nampaknya UMNO atau Timbalan Presiden UMNO Malaysia kantoi lagi. Kantoi cuba membohong rakyat Malaysia.
Rakyat tahu tujuan mereka membohong seperti ini adalah untuk menutup kecurangan hingga ada di antara mereka yang di hadapkan ke Mahkamah kerana penyelewengan wang rakyat. Termasuklah kalau menurut Lokman Adam Timbalan Presiden UMNO Mohammad Hasan itu sendiri bila mana cuba membeli rumah diluar negara dengan wang rakyat tapi kantoi. Kantoi kantoi pun waktu itu kerajaan Malaysia di perintah oleh UMNO, so ia bukannya isu lah.
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO Malaysia Mohamad Hasan mendakwa Dewan Rakyat yang bersidang kelmarin tidak membahaskan isu banjir yang sedang melanda banyak kawasan di negeri Pahang dan Selangor.
Menurut lagi Timbalan Presiden UMNO ia adalah hal yang tidak wajar ini kerana Parlimen adalah tempat untuk membincangkan perkara yang dihadapi oleh rakyat.
Tapi betulkah sidang Parlimen tidak membincangkan permasalahan banjir yang dihadapi rakyat. Ini kerana menurut Speaker Dewan Rakyat Malaysia Azhar Harun beliau tiada kuasa membenarkan pembahasan tentang banjir dalam persidangan yang berlangsung Isnin lalu, ini kerana tiada seorang pun Ahli Parlimen khususnya daripada UMNO yang mengemukakan usul mengenainya. (lebih kurang begitulah)
Nampaknya Timbalan Presiden UMNO kantoi lagi. Dalam keadaan malapetaka menimpa rakyat kerana kemungkaran yang mereka lakukan. Sempat lagi mengelirukan rakyat.
Betullah kata orang lama cara terbaik menutup kesalahan ialah dengan cara berbohong pada penyokong UMNO sendiri dengan membandingkannya dengan orang lain walaupun tidak berkaitan.
UMNO, tangan tu masih bergelumang dengan kekotoran, jadi belum boleh digunakan untuk membersihkan benda yang sedia bersih.
Apa lah sangat setakat persidangan tu, kalau pada hakikatnya yang menyebabkan musibah banjir itu adalah angkara ketamakan pemimpin pemimpin UMNO itu sendiri. Bukan hanya tamak tapi juga bacul enggan bertanggungjawab atas kesalahan yang mereka telah lakukan, berbeza dengan rakyat anti UMNO khususnya, berani buat berani tanggung.
Adakah patut pemimpin UMNO yang telah dua kali dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah masih berada diluar dan masih bebas menyebarkan propaganda kononnya mereka telah difitnah. Adakah itu bermaksud Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib tidak ada kelayakan dan telah dibayar oleh mana mana pihak.
Logiknya pihak pihak yang rajin menafikan keputusan Mahkamah itu terdiri dari individu individu yang naif pun, kurang berpendidikan tinggi berbanding hakim yang bertanggungjawab. Begitu juga soal agama, sudah tentu para hakim itu lebih mendalami agama Islam berbanding laskar maling yang menyokong secara membabi buta.
#SabahSarawakTolakUMNO