Usul Jawatan Ketua Menteri Sabah Dihadkan Dua Penggal

Usul yang menarik dan menepati cita rasa demokrasi sebenar seperti kebanyakan negara negara maju Amerika, yang mengamalkannya.

Selain itu ia juga menepati erti kerjasama dalam berparti seperti yang diamalkan dalam GRS di Sabah ketika ini.

Tabik spring dan tahniah Adun Apas Datuk Nizam Titingan, seorang pemimpin Bersatu/PPBM yang melihat jauh ke hadapan demi kebaikan dan keuntungan rakyat Sabah yang memiliki pelbagai fahaman politik kerana dengan cara atau pendekatan seperti ini ia akan membuka peluang pada mereka yang berkenaan selaku wakil rakyat.


KOTA KINABALU: Bahagian-bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sabah yang bersidang hari ini sebulat suara menyokong usul agar jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan kepada tidak melebihi dua (2) penggal berturut-turut.

Pembaharuan sistem politik ini iaitu mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri kepada tidak melebihi dua (2) penggal ini membolehkan Ketua Menteri dan seluruh anggota Kerajaan Negeri memberi fokus kepada agenda pembangunan negeri dan aspirasi rakyat, membentuk sebuah institusi pentadbiran yang mendukung pembaharuan, menerapkan amal tadbir urus yang baik dan telus serta meningkatkan keberkesanan proses semak dan imbang.

Ini selari dengan pengukuhan perpaduan dalam komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ia merupakan satu daripada kesemuanya enam usul yang dicadangkan dalam persidangan tahunan parti di Sabah.

Usul yang lain adalah untuk mendukung kepimpinan YB Presiden, Tan Sri Mahiaddin Yassin dan YAB Pengerusi Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dalam mengemudi parti BERSATU di peringkat Persekutuan dan Negeri Sabah; dan mendukung kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta aspirasi dan objektif yang telah digariskan dalam konsep Sabah Maju Jaya yang merangkumi, Membina negeri dan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera; Mengoptimumkan sumber dan hasil negeri; Merangsang pemulihan ekonomi; Meningkatkan ekonomi rakyat; dan Membangunkan modal insan.

Juga, usul menyokong penuh segala usaha dan inisiatif yang telah digerakkan oleh kepimpinan parti komponen GRS untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komponen GRS yang terbina sejak MOU GRS dimeterai pada 9 Januari 2021;

Usul lain termasuk mengesyorkan agar Kerajaan Pusat menyempurnakan segera segala kepentingan dan hak negeri sepertimana yang termaktub dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63). Ia adalah selari dengan Aku Janji Perikatan Nasional (PN) semasa PRN16 yang lalu iaitu memelihara dan memperjuangkan hak-hak negeri Sabah berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963;

Usul lain ialah berharap, agar kepimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi pertimbangan yang khusus kepada negeri Sabah terutama dalam aspek yang berhubungkait dengan prasarana pembangunan, pendidikan dan juga perumahan rakyat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: