
Nampaknya bilangan Ahli Parlimen dan Adun yang menyokong Perikatan Nasional atau GRS atau Parti Bersatu khususnya terus bertambah dan terus bertambah bukan hanya dari konteks seorang Ahli Parlimen tetapi sebenarnya dari konteks masyarakat Sabah secara keseluruhannya.
Masyarakat Sabah sedar dan tahu telah begitu lama mereka memberi peluang pada parti UMNO dan terbaru Parti Warisan, namun hasilnya hanyalah retorik dimana pentadbiran kerajaan hanya menguntungkan kumpulan tertentu dalam kerajaan pada era mereka. Walaupun sebelum itu mereka berdegar-degar bercakap soal kemajuan masyarakat Sabah. Berbeza ketika negara diperintah oleh Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan kepada rakyat walhal negara pada ketika itu berada dalam kondisi Covid-19.
Kalau memang UMNO masih ada potensi di Sabah mustahil Ahli Parlimen ini tidak menyertai UMNO, apa lagi selepas mendapat kemenangan pada PRN Melaka, tetapi sebaliknya yang menjadi pilihan adalah Perikatan Nasional atau Parti Bersatu.
Tahniah admin ucapkan. Steady Din!
Dalam Mesyuarat Khas MPT BERSATU yang diadakan pada tarikh 25hb, telah memperakukan dan menerima permohonan Ahli Parlimen Silam/Lahad Datu yang juga merupakan ADUN Segama, YB Datuk Mohammadin Bin Ketapi sebagai ahli BERSATU yang baharu.
BERSATU menyambut baik keahlian beliau kerana ianya bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, malahan ianya juga akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili.
Tinggalkan Jawapan