Zahid Tidak Bekerjasama Dengan Bersatu Di PRN Melaka Tapi Jangan Bohong

Bila Presiden UMNO Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, itu menunjukkan dia mulai nampak lorong tikus yang akan membawanya keluar dari tuduhan rasuah di Mahkamah.

Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan atau perbicaraan di Mahkamah membabitkan dana Yayasan Akal Budi dan penyalahgunaan kuasa berkaitan Visa di luar negara.

Semalam Presiden UMNO telah membuat ketetapan akhir bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka.

Namun dia berdalih kononnya itu bukan keputusannya atau Presiden UMNO tetapi keputusan akar umbi. Terus terang saja Zahid tidak ada pemimpin parti yang paling bermasalah besar di Malaysia saat ini selain kamu dan beberapa lagi, justeru itulah kamu kerah kesetiaan ahli UMNO macam Lembu.

Tetapi yang tidak syok tu bila Zahid buat sekian kalinya memanipulasi kebaikan orang lain. Seperti Kenyataan di bawah.

“Ada yang mahu mengelakkan pertembungan tiga penjuru ada yang jangka kita akan berprestasi teruk atau buruk dari pilihan raya umum ke-14. Namun jika ada pihak yang pernah menikam kita dari belakang dan pernah di patuk sewaktu di Sabah kita berazam tidak akan dipatuk di tempat yang sama”

Kamu tahu apa yang dimaksudkan oleh Zahid berhubung Sabah di atas?

Dia tu sedang mengarang cerita dogeng kononnya calon UMNO di Sabah telah disabotaj oleh Bersatu. Sebab itulah UMNO kalah di Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Sebenarnya bukan hanya kalah tapi dua atau tiga calon UMNO tumbang kepada calon Bebas. Dimana UMNO hanya mendapat separuh atau tidak sampai separuh dari semua Adun yang mereka tandingi.

UMNO sama sekali tidak terlibat dengan proses menumbangkan kerajaan Warisan pada waktu itu. Bung Mokhtar dia sendiri yang cakap UMNO tidak terlibat. Tetapi bila Warisan membubarkan DUN Sabah, UMNO pula yang melebih lebih menuntut supaya calon mereka lebih ramai dari Bersatu.

Hakikatnya tidak ada yang sabotaj calon UMNO tetapi rakyat Sabah sudah muak dengan UMNO sebab itulah Warisan yang baru berumur setahun jagung berjaya mengalahkan ramai calon UMNO pada pilihan raya umum 2018.

Satu lagi yang Zahid tidak sebutkan pada ahli UMNO. Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 Presiden UMNO Zahid Hamidi sendiri tidak berani menamakan calon Ketua Menteri daripada UMNO, itu menunjukkan Zahid tahu yang UMNO tidak akan mendapat kemenangan mengatasi Perikatan Nasional. Zahid juga tahu tu, kalau dia namakan Bung Mokhtar sebagai calon Ketua Menteri maka ia akan memberikan kesan pada UMNO memandangkan Bung juga berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah macam dia.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, hampir semua jentera UMNO yang ada di Semenanjung datang ke Sabah untuk berkempen. Tetapi hasilnya UMNO kalah teruk, walaupun Najib juga hadir pada waktu itu. Untuk makluman wang yang digunakan oleh UMNO untuk berkempen adalah ehsan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tapi seperti biasa Presiden UMNO ni minda kelas ketiga tidak reti mengenang budi. Baca juga link dibawah :-

One thought on “Zahid Tidak Bekerjasama Dengan Bersatu Di PRN Melaka Tapi Jangan Bohong

Add yours

  1. Allah telah tunjukkan jalan yg terang tapi masih pilih jalan yg gelap, kerana rakyat sedang dipimpin oleh sejenis manusia sombong dan tidak tahu erti bersyukur.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: