Shafie Emosi, Terdesak, Bohong Fitnah Adun Sindumin – Politik Keji

Dari dulu lagi sudah ramai yang tahu tentang taktik Presiden Warisan yang sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan pengaruhnya. Memanipulasi, memperguna bangsa malah agama sekalipun adalah antara taktik utama yang digunakan.

Justeru itu jangan hairan kalau parti Warisan ni tempat bertenggeknya kumpulan masyarakat atau bangsa yang cuba mengambil kesempatan atau merompak hak orang lain. DAP seperti contoh!

Kalau ada yang perasaan admin sendiri telah lama menulis perihal taktik dan kenyataan mereka yang berbau sentimen ke atas bangsa dan agama dalam bermasyarakat.

Pada satu keadaan pemimpin Warisan bercakap soal kononnya kesaksamaan hak dari konteks bangsa atau etnik tapi dalam masa lain, pemimpin dan penyokong Warisan melecehkan bangsa atau etnik orang lain. Yang lucunya walhal mereka juga dari bangsa Bajau yang sama, itu sendiri. Pening orang membacanya, mahu sombong tapi orang tahu juga asal usul mereka. Malah kalau bukan etnik yang mereka hina tidak tu mereka merasa sebagai pemimpin dan kerabatnya boleh kaya raya. (Satu dunia sudah tahu kebenaran ini, hanya mereka itu kalau berjalan seolah olah masyarakat tidak tahu, hakikatnya masak sudah tu mereka oleh kutukan masyarakat luar).

Alah pemimpin Warisan berbangsa KDMR sendiri ada mendakwa yang KDMR bukannya penduduk asal Sabah. Sudah ada yang lupa kah?

Maksud admin ini parti serba tidak kena, nak menipu di sana kantoi, menipu di situ kedapatan. Last last pengundi sendiri menjadi mangsa keadaan.

Begitu juga dengan taktik bermain dengan agama, admin juga ada menulisnya. Boleh cek, pemimpin Warisan yang beragama Islam masuk ke Gereja Gereja dan menyalahkan pemimpin KDMR yang beragama kristian dari konteks agama kristian itu sendiri.

Nah hari ini pernyataan admin itu sama ada secara langsung atau tidak telah dibuktikan oleh mantan Ketua Penerangan Warisan, Adun Sindumin Dr Yusof Yacob sebagai ada kebenarannya.

Kamu tolak parti Warisan itu, itu parti ahh ibarat kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Datuk Seri Shafie Apdal fitnah saya, dia terlalu emosi. Sebagai pemimpin besar tidak sepatutnya emosi, dan mengelabah, tetapi perlu tenang.

Tuduhan terhadap saya yang dikatakan dalam video dan facebook itu tidak betul. Saya harap dia sedar dan tarik balik kenyataan itu. Sebagai pemimpin besar dan ada pengalaman mesti berhati-hati dengan kenyataan kita.

Saya dituduh memujuk YB-YB Warisan dan menawarkan RM1 juta. Itu fitnah. Manalah saya ada duit berjuta untuk menawarkan kepada YB-YB untuk keluar. Saya bukan mewah, hidup pun sederhana ikut kemampuan. Saya pun cukup-cukup saja.

Saya KELUAR Warisan BUKAN LOMPAT. Ada banyak sebab dan rentetan beberapa perkara dan setelah saya menimbang dan setelah berfikir lama. Saya bertindak demi untuk rakyat dan kawasan yg saya wakili.

Saya dituduh hubungi Wirawati-wirawati Warisan dan menawarkan duit, inipun fitnah. Apalah untung saya pujuk Wirawati. Wirawati-wirawati boleh berfikir dah tahu saya tidak hubungi mereka.

Tuduhan ini sudah keterlaluan, emosi, tidak matang dan tidak professional.

Saya pun tahu apa Datuk Seri Shafie Apdal buat untuk pujuk YB-YB GRS kerana saya bersama beliau dalam Warisan. Sebab itu hari ke hari berjanji bahawa Warisan akan memerintah semula. Dia beri harapan palsu kepada orang-orang Warisan.

Tapi biarlah saya diam dan saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Kita masih berkawan. Politik itu tiada musuh kekal. Hari ini berpisah, esok bersama lagi, dan berpisah lagi. Kawan tetap kawan walau berlainan fahaman politik.

Apa yang berlaku biarlah jadi rahsia kami. Ibarat orang kawin, kalau sudah bercerai janganlah dihina bekas isteri.

Sudah berpisah, cukuplah. Sepatutnya masing2 urus kehidupan atau kerja masing2.

ISU SURAT LETAK JAWATAN

Tidak betul saya meletak jawatan. Ini juga fitnah dan  penipuan pemimpin Warisan kepada awam.

Saya masih YB dan mahu berkhidmat untuk rakyat

Surat itu dibuat oleh Warisan sengaja menyerang saya.

Datuk Seri Shafie Apdal sudah desperate dan tertekan. Dia tension. Warisan sudah down akibat tindakannya juga.

Surat-surat dan video dibuat adalah dipaksa. Kalau siapa-siapa tidak buat nanti tidak boleh jadi calon Warisan.

Saya sebenarnya tidak setuju parti politik main-main agama. Tapi Datuk Seri Shafie Apdal paksa juga.

Saya sudah buat surat dan sampaikan pada Speaker menarik balik dan membatalkan semua surat-surat dan rakaman video dan saya sudah serahkan pada Speaker 11/10/21.

Surat yang viral itu adalah ‘undated later’ yang disimpan cop tarikh 08 Oct 21. Surat ini tidak boleh pakai/ tidak valid.

Surat viral tidak boleh orang lain atau pihak ketiga mewakili saya. Sepatutnya saya secara peribadi menyerahkan pada Speaker.

Datuk Seri Shafie Apdal buang masa dan beri lagi harapan palsu kepada ahli-ahli Warisan dan rakyat. Sepatutnya tahu kes saya sama dengan kes ADUN Sebatik dan tidak ada kesan. Datuk Seri Shafie Apdal makin celaru. Sepatutnya Datuk Seri Shafie Apdal tumpukan baiki Warisan. Atur bagaimana Warisan beri khidmat pada rakyat. Bukan tabur fitnah dan menyerang saya. Semakin dia attack saya semakin jatuh kredibilitinya dan rosak reputasinya.

Wassalam.

Datuk Dr Yusof Yacob

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: