Isytihar Jika Ada Akaun Luar Pesisir, Rais Hussin Beritahu Ahli Politik

a man wearing glasses and looking at the camera: Pemimpin politik sepatutnya bersedia mengisytiharkan akaun pesisir sekiranya ada, kata ahli Bersatu, Rais Hussin Mohamed Ariff.

PETALING JAYA: Ahli Bersatu, Rais Hussin Mohamed Ariff berkata pemimpin politik mesti mengisytiharkan sekiranya mereka mempunyai akaun “perlindungan cukai” atau akaun bank di luar negara.

Cadangannya itu, susulan pendedahan Kertas Pandora, yang mengaitkan beberapa rakyat Malaysia terkenal, mencetuskan debat di akaun Twitternya dengan tidak kurang warganet yang memberi pandangan sinis.

Dalam hantaran di Twitter, semalam, Rais berkata: “Lebih baik isytihar. Pemimpin mesti isytihar. Rasuah sudah jadi cara hidup di sini”.

Walaupun ramai pengikutnya bersetuju, tidak kurang yang menerima pandangan itu dengan lebih sinis.

Seorang pengguna media sosial, @lefthandtrader, berkata, “Suruh declare (isytihar) kelulusan akademik pun menipu. Buat peraturan, dia sendiri langgar.

“Nak pergi Haji potong ‘queue’ (giliran). Nak pergi solat Jumaat guna kabel. Apa lagi la benda yg berkait dengan harta/duit,” katanya.

Seorang pengguna sinis, @SayingTheTruth3, berkata, “Sorry boss, tidak akan berlaku perkara itu di ‘Bolehland’,” katanya.

Pendedahan Kertas Pandora adalah yang terbesar seumpamanya dan membabitkan 12 juta dokumen serta rekod lain daripada penyedia perkhidmatan luar pesisir, antara lain membantu dan menguruskan ‘syarikat tidak wujud’ di seluruh dunia.

Antara yang terkait dengan pendedahan berkenaan adalah Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, ahli PKR, William Leong, termasuk ibu bapa kepada ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho.

Polis ketika ini sedang menyiasat dakwaan berkaitan pendedahan terbabit.

Sumber FMT


Rasanya Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah memberikan penjelasan. Dan memang benar pun ketika itu beliau adalah seorang ahli perniagaan bank bukannya seorang Menteri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: