Azhar Harga Tiket Sentiasa Dikawal, Cari Isu Lain Lah

Alahai Adun Darau Azhar Matussin saja membuat pernyataan politik walaupun tidak akan menguntungkan rakyat.

Kalau setakat bercakap untuk mencari populariti. Seperti mana biasa amalan Warisan, maka lebih baik diamlah.

Dia seperti yang dilaporkan mendesak agar kononnya kerajaan mengawal harga tiket yang melonjak selepas kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri.

Dia boleh membuat kenyataan seperti itu kalau kerajaan ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kawalan harga tiket kapal terbang.

Tapi bukan kah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong ada mengeluarkan kenyataan atau jaminan bahawa paras purata harga tiket akan kembali normal apabila kekerapan penerbangan berjalan seperti biasa.

Jadi untuk apa lagi Adun Darau itu mempersoalkannya. Hemmm!

Cari isu lain lah Warisan, isu yang kamu angkat tu, kerajaan hari ini telah sekian lama mengatasinya.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑