Jadikanlah ini satu pengajaran kepada kita semua hingga ia menjadi alsebab bagi makcik ini mendapat pahala atau pengampunan dari Allah yang maha esa.
Jangan lagi kamu terpedaya dengan tuntutan dunia atau kawan kawan naif yang kononnya mesti nampak kaya dan bergaya barulah dikatakan berjaya, sebab itu hingga ada yang sanggup terlibat dengan kegiatan jenayah seperti ini.
Ingat hanya spesies penjenayah atau fasiq yang mengukur kehebatan seseorang dari ukuran dunia walaupun mereka tahu ia datang dari sumber jenayah.

Seorang ibu tunggal sembilan anak dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. Tertuduh Hairun 55 tahun, yang juga penjual ikan didapati bersalah memiliki dadah jenis syabu seberat 113.9 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pangkalan Wakuba, Batu 15 Tawau pada 10 Januari 2018.
Sumber : Deasoka
Tinggalkan Jawapan