
Tersiar berita kononnya Presiden Warisan akan mengambil tindakan undang undang ke atas Adun Sindumin, Dr Yusof susulan keputusannya meninggalkan parti Warisan.
Adun Sebatik juga telah menerima tindakan yang sama selepas berkorban meninggalkan Warisan pada Mac 2021.
Apa juga yang ditakutkan kalau tindakan meninggalkan Warisan adalah pengorbanan yang berniat murni untuk kebaikan pengundi di kawasan mereka.
Bohong sangatlah dakwaan Presiden Warisan itu, kononnya tidak perlu menjadi kerajaan kalau ingin membantu pengundi di kawasan mereka. Iya betul tapi parti dan kepimpinan yang bagaimana, yang pasti bukan seperti Warisan.
Sedangkan dulu sempat dua tahun lebih menjadi kerajaan negeri, namun tidak ada bantuan bermanfaat yang berjaya diberikan pada pengundi di DUN DUN Warisan. Ada tu adatlah tapi tidaklah seperti apa yang diharapkan oleh pengundi Warisan, ibarat langit dan bumi. Tengok apa yang telah diterima oleh DUN DUN dan Parlimen Semporna, daerah yang diwakili Presiden Warisan.
Jangankan menyediakan bantuan yang sepadan dengan slogan Sabah for Sabahan, hanya janji membina semula rumah rumah terbakar di Kampung Bangau Bangau dan kampung kampung yang terbabit pun tidak ditunaikan.
Hanya melantik orang yang sesuai di peringkat daerah dan Kampung bagi mengurus penyokong sendiri pun gagal, betul betul gagal. Sebaliknya pelantikan itu hanya menguntungkan kroni dan kerabat Warisan dan PATI PATI Warisan yang tidak bermoral atau tidak sedar diri.
Banyak lagi lah kelemahan Warisan semasa mereka menjadi kerajaan negeri.
Ambillah tindakan apa pun ke atas Adun Adun yang meninggalkan Warisan ia tidak akan mampu mengubah persepsi jelik rakyat dan wakil mereka ke atas Presiden dan pentadbiran Warisan yang baru dua tahun setengah menjadi kerajaan, tapi sudah ada dikalangan pemimpinnya yang dihadapkan ke Mahkamah kerana salah guna kuasa.
Dua tahun setengah juga cukup memadai bagi rakyat
Sabah menilai kemampuan Presiden Warisan sebagai Ketua Menteri Sabah. Begitu banyak kegagalan yang dapat di hidu termasuklah dalam soal hak hak bumiputera yang cuba dinafikan, sama ada disedari atau tidak.
Dalam tempoh itu juga ramai yang baru nampak rupanya Presiden Warisan Shafie itu cakap saja pandai tapi bodoh melaksanakan kerja dan memikul tanggungjawabnya.
Sedangkan wakil rakyat Warisan yang berusaha keras untuk kemenangan parti Warisan secara umumnya hanya bergantung pada gaji bulanan dalam membantu pengundi mereka sehinggalah kerajaan Warisan tumbang. Sebaliknya pada golongan tertentu yang dekat dengan Shafie, alahai.
Begitu juga yang berlaku kepada bekas Pengarah Air Negeri
Sabah, Amarjit Singh. Kerja setengah mati tapi penghargaan yang diberikan tidak berbaloi. Itulah sebabnya pada Mei 2021 dia menyertai musuh tradisi Warisan iaitu parti STAR.
Tinggalkan Jawapan