MP Sandakan Tuntut Halau PATI Filipina dan Indonesia Tanpa Alasan

Kita lupakan seketika kaitannya lambakan PATI dan negeri Sabah. Atau mari kita lihat isu ini dari konteks muslihat pembangkang semata mata yang terbahagi kepada dua peranan.

Ini kerana usaha menangani PATI di negeri Sabah terus dipolitikkan oleh pembangang Warisan Plus atau DAP.

Sebelum ini Warisan melalui Aziz Jamman juga mencabar kerajaan agar menghalau para PATI ke negara asal mereka.

Dalam Warisan Plus ada dua jenis jentera atau penyokong yang nampak bertentangan tapi sebenarnya mempunyai satu matlamat dengan masing masing menjalankan peranan mereka.

Satu kumpulan berperanan mendesak agar kerajaan menghalau PATI dari bumi Sabah. Satu kumpulan lagi menjadi tukang propaganda dikalangan PATI Filipina dan Indonesia, kononnya mereka hanya terbela sekiranya Warisan yang memerintah Sabah.

Sedangkan dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah yang ada adalah sebaliknya pemegang IMM13 tidak boleh memohon warganegara Malaysia. Tapi bila pemegang IMM13 ini bersembang dengan jentera pro PATI mereka akan diberikan maklumat yang sebaliknya.

Kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Filipina dan Indonesia. Kamu dengar tak desakan demi desakan disuarakan oleh pembangkang ini. Terbaru DAP melalui ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong mendesak agar kamu segera di halau dari bumi Sabah. Sebab menurut Vivian Wong adalah perosak rakyat Sabah.

Tapi yang peliknya ada lagi dikalangan PATI berkenaan yang tetap setia pada Warisan hanya kerana ada wakil rakyat mereka yang berasal dari Indonesia dan Shafie itu dikaitkan dengan Tawi Tawi.

Nah pergi lagi kamu cium tangan Warisan tu.


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong mengkritik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang disifatkan “mengitar semula” jawapannya berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Beliau mendakwa jawapan yang diberikan Hamzah dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hampir sama dengan kenyataan tahun lalu tanpa sebarang perkembangan baharu.

“Semasa sesi persidangan Parlimen tahun lepas, saya telah menyuarakan isu pendatang (PATI) ini sebagai ‘ibu kepada segala masalah kita’ di Sabah dan meminta kerajaan dengan tegas menetapkan strategi serta rancangan konkrit berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Menteri yang sama juga kemudiannya menjawab kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah dan jawatankuasa teknikal untuk menyelesaikan isu sekian lama ini dan boleh dianggap ‘titik kelemahan’ negeri ini.

“Hari ini (semalam) juga, menteri yang sama apabila ditekan berkenaan apakah yang telah dilakukan kerajaan untuk menangani masalah imigran di Sabah, beliau hanya mengulangi reaksi sama dari tahun lalu tanpa kemajuan yang nyata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata, Hamzah dengan berani menyatakan isu PATI di Sabah memerlukan azam politik semua pihak dan kerajaan jelas kurang komitmen menangani masalah berkenaan.

“Jangan cuba menyalahkan masyarakat atas apa yang disebut menentang rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Apakah maknanya untuk membelanjakan duit pembayar cukai membina lebih banyak pusat tahanan untuk menempatkan pendatang asing ini? Ini juga sebenarnya tanda kegagalan peranan kerajaan mengurus dan mengawal isu pendatang asing ini.

“Cukup-cukuplah, laksanakan apa yang dikatakan atau letak jawatan kerana kita memerlukan tindakan segera daripada kerajaan,”

FMT

One thought on “MP Sandakan Tuntut Halau PATI Filipina dan Indonesia Tanpa Alasan

Add yours

  1. 🤔🤔🤔…buat parti Warisan Sabah serta subahat totok & pengkianat derhaka cluster Anwar Ibrahim PKR..Dap & Mat sabu (parti Amanah@PAN serta Umno rosak bertoksik beracun) ..jgn berlagak angkuh terhadap PNPPBM🌺Federal State Putrajaya🇲🇾GRS Krjn negeri Sabah..itu PM 9 Pak Long bukan hasil calon yg dibawa oleh Presiden expire Umno ke YDPA..Umno rosak tak sokong pun sebab Zahid Hamidi yg offer nama nya🐝 PM…jadi stupid itu sgt dibenci oleh Tuhan@Allah swt..PN kuasa Krjn Persekutuan…tiada nama BN atau Keluarga🇲🇾…masih original asli sah itu PN GRS 🇲🇾💯😏..jadi PNPPBM@GRS Sabah adalah Bos Besar Krjn Sabah bukan kuli batak..hamba abdi kalian yea..😊..perangai sgt bodoh itu adjust sikit..😾😾😾🙈

    AnnaAriff1972🕵

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: