Rosmah Gagal Tangguh Bicara dan Menangis

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan pertuduhan meminta dan menerima rasuah, menangis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika membaca pernyataan saksi.

Dia yang membaca pernyataan bela diri dengan suara bergetar dalam perbicaraan rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion yang dihadapinya menyentuh mengenai pendakwaan terpilih dan berniat jahat terhadapnya dan keluarga.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya semalam.

Di kamar mahkamah hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian bertanyakan keadaannya. Menjawab soalat itu sambil mengesat air mata Rosmah berkata:

“Saya minta maaf Yang Arif, banyak perkara telah saya lalui (I’m sorry Your Honour, I’ve gone through a lot).”

Sebelum itu, dia menyatakan pendakwaan terhadapnya tidak berasas sebaliknya yang perlu diheret ke mahkamah adalah lima pihak lain, namun mereka dipanggil sebagai saksi-saksi pendakwaan.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid; Tan Sri Madinah Mohamed; Datuk Alias Ahmad; Saidi Abang Samsudin; dan Datuk Rizal Mansor, yang didakwanya terlibat dalam ketidakaturan berkaitan pemberian tender projek solar hibrid kepada Jepak Holdings.

“Pendakwaan memanggil mereka sebagai saksi tanpa didakwa di mahkamah agar mereka bersama-sama menunding jari kepada saya, seorang individu yang tiada jawatan dalam kerajaan dan tiada kuasa meluluskan apa-apa projek sekali pun,” katanya.

Memetik Utusan, Rosmah dalam pernyataan tersebut turut memberitahu dia tidak tahu menahu apatah lagi menerima wang rasuah berjumlah RM6.5 juta yang didakwa bertujuan membantu mempercepatkan pemberian projek solar hibrid kepada Jepak Holdings.

Sebanyak RM1.5 juta disimpan dalam dua beg dan dihantar ke kediamannya di Langgak Duta di sini pada 7 September 2017 manakala RM5 juta lagi diletakkan dalam dua buah bagasi dan dibawa ke Seri Perdana pada 20 Disember 2016.

Menurut Rosmah, walaupun wang itu dibawa ke kediamannya, dia menafikan menerima wang itu mahupun membuka beg dan bagasi untuk memastikan isi kandungannya.

Mahkamah sedang mendengar keterangan bela diri Rosmah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Isteri bekas Presiden UMNO itu didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Saidi yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd. (Jepak) untuk dirinya sendiri yang dibuat melalui Datuk Rizal Mansor, melibatkan 15 peratus nilai kontrak.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit di sini antara bulan Januari dan April 2016.

Agenda Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: