Bukan rintangan besar konok walaupun pada pilihan raya negeri Sabah 2020, ada dua atau tiga calon Bebas yang mengalahkan calon dari parti besar seperti BN/UMNO. Walhal pada masa itu hampir satu Malaysia jentera UMNO datang ke Sabah untuk berkempen.
Tidaklah menghairankan kiranya Bung tegar mengetepikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) . Sebab tanpa Zahid Hamidi yang sinonim dengan jolokan kluster Mahkamah, maka mustahil baginya mendapat kedudukan sebagai ketua UMNO Sabah.
Cuma terlalu awal pula bagi UMNO untuk bercakap soal perbezaan. Yang rugi nanti bukan siapa siapa tapi UMNO Sabah sendiri. Awal bha untuk bertelagah. Hemmm!
KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, parti itu sedia berdepan dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Katanya, Umno tetap akan bertanding di semua kerusi dimenangi mereka pada PRU14 termasuk di kawasan yang wakil rakyatnya melompat ke Bersatu.
“Di Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi apabila parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka Umno tiada pilihan.
“Umno akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu, seterusnya akan memperkasakan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, selaku ketua parti di peringkat negeri, pihaknya bukan saja sedia berdepan Bersatu malah juga mana-mana parti dalam GRS sekiranya pertembungan berlaku.© Provided by Free Malaysia Today
“Kita telah mengharungi pelbagai dugaan yang besar, kita pernah menang, pernah kalah dan menang semula.
“Jadi ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita semua bertembung dengan mana-mana parti pada PRU akan datang,” katanya.
Terdahulu semalam, bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.
FMT
Tinggalkan Jawapan