MIC Ambil Langkah Berani Adakan Pemilihan, Tidak Ikut UMNO

Berbeza dengan UMNO yang menangguhkan pemilihan parti, MIC sebaliknya mengambil langkah berani apabila membuat keputusan untuk mengadakan pemilihan pada bulan ini.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran yang berkata pemilihan dan mesyuarat perwakilan bagi sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti berkenaan ditetapkan pada 17 Oktober.

Penamaan calon parti pula akan bermula pada 10 Oktober ini.

“Bagi peringkat bahagian, penamaan calon akan berlangsung pada 17 Okt manakala mesyuarat dan pemilihan ditetapkan pada 24 Okt,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Majlis Tertinggi MIC di ibu pejabat parti itu hari ini.

Menurut Vigneswaran penamaan untuk pemilihan MIC di peringkat negeri, majlis tertinggi dan naib presiden ditetapkan pada 20 Nov dan pemilihan ditetapkan 27 Nov.

Beliau berkata MIC memutuskan untuk mengadakan pemilihan parti kerana negara kini di bawah pentadbiran baharu dan sudah mula menunjukkan tanda untuk keluar daripada pandemik COVID-19.

“Banyak perubahan dari segi statistik (Covid-19) kini. Jadi MIC mengambil kesempatan untuk mengendalikan pemilihan parti,” kata beliau.

Kata Vigneswaran pemilihan baharu membolehkan banyak muka baharu untuk menyertai parti itu di peringkat akar umbi, bahagian dan negeri bagi menentukan corak dan hala tuju MIC selepas ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan menang dua daripadanya di Tapah dan Cameron Highlands.

Namun, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Januari 2019, MIC memberi laluan kepada calon UMNO, Ramli Mohd Nor yang memenangi kerusi berkenaan.

Agenda Daily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: