Bukan hanya dalam sektor ekonomi tapi jauh dari konteks ini, status Bumiputera itu sendiri harus diperhalusi dan hak mereka diletakkan balik pada tempatnya.
Jangan saja gah pada nama namun status “bumi” ini boleh di dapat macam sayur ikan di pasar tamu, asal ada duit semua boleh jadi. Lama lama semua mereka sapu, ketika itu kaum bumi hanya mampu tunduk dan menonton bukan kerana bodoh tapi nasib mereka telah di ambil orang.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa untuk memberikan fokus lebih meluas dengan memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi secara menyeluruh dan bukan hanya berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera semata-mata.
Ahli ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak Barjoyai Bardai, berkata pemilikan ekuiti sahaja bukanlah ukuran sebenar terhadap kejayaan ekonomi.
“Jangan terbawa-bawa dengan sasaran 30% atau angka tertentu tetapi beri fokus terhadap objektif yang lebih besar, iaitu penyertaan semua Bumiputera dalam sektor ekonomi.”
Beliau juga percaya agak sukar untuk negara menikmati pertumbuhan ekonomi yang besar sekiranya ia masih terus mengekalkan rancangan ekonomi yang sama.

“Masanya telah tiba untuk kerajaan memikirkan rancangan baharu berdasarkan paradigma semasa,” katanya.
Katanya, hanya tiga rancangan lima tahun Malaysia pertama boleh dianggap berjaya, yang tempohnya antara 1966 dan 1980.
“Selebihnya hanya untuk menstabilkan keadaan dan meneruskan rancangan sebelumnya. Ia kelihatan sama dengan beberapa perubahan kecil.
“Kerajaan hanya meniru semula rancangan sebelumnya dan pendekatan berterusan ini mencipta unjuran linear terhadap pertumbuhan ekonomi. Malaysia berada dalam pertumbuhan linear sejak lebih 20 tahun lalu.
“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ini datang pada masa yang tepat disebabkan ekonomi global menunjukkan trend penurunan dan sebab itu kita perlu menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Jika tidak, kita hanya akan mencatat pertumbuhan rendah untuk tempoh lima tahun akan datang dan tertinggal di belakang.”

Ahli politik ekonomi Firdausi Suffian berkata isu sebenarnya ialah bagaimana dasar Bumiputera dilaksanakan.
“Saya percaya dasar berdasarkan Bumiputera ini tidak dilaksanakan dengan baik dan sesetengah orang telah menyalahguna kelebihan itu. Ini sebabnya mengapa sasaran pemilikan ekuiti tidak dapat dicapai,” katanya kepada FMT.
Orang yang mengawal dasar itu telah mewujudkan sistem perlindungan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan Bumiputera yang kaya.
“Sistem ini tidak menguntungkan majoriti Bumiputera, khususnya golongan miskin. Kita perlu mengubah sistem itu.”
Tinggalkan Jawapan