Hanya Kluster Mahkamah Yang Ego dan Tidak Bersyukur

Ramai yang juga telah kehilangan kredibiliti dan maruah tapi tidaklah macam Zahid ni. Sudahlah begitu malah menjelikkan mereka yang meninggalkan UMNO sebab kononnya takut dilabel sebagai Kluster Mahkamah.

Secara logiknya siapa juga yang mahu turut kehilangan kredibiliti hanya kerana mempertahankan Presiden parti yang menimbulkan masalah. Berpolitik ini bukan untuk sehari dua tapi ibarat bercucuk tanam perlu penjagaan yang rapi dan masa yang lama sehinggalah boleh dinikmati.

Zahid sebentar tadi mempertahankan dirinya dengan mendakwa kononnya hanya pemimpin UMNO yang berani, setia saja yang sanggup dilabel sebagai kluster Mahkamah. Dalam masa yang sama merendahkan martabat pemimpin yang meninggalkan UMNO.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi jenayah pecah amanah, lapan bagi tuduhan rasuah dan 27 bagi tuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit wang milik Yayasan Akalbudi. Alsebab inilah mereka mendapat jolokan Kluster Mahkamah.

Lain pula Zahid ni cukuplah setakat kehilangan kredibiliti dan maruah tapi jangan sampai kehilangan pedoman hidup hingga sanggup menarik tangan orang lain biar sama sama terhina. Patut kah seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam, berperangai seperti ini? bertaubatlah Zahid siapa tahu ada cahaya di hujung terowong.

Sepatutnya dia melihat dengan fikiran yang matang dan terbuka, wakil rakyat yang meninggalkan UMNO, kerana merekalah pergolakan politik berlaku hingga UMNO yang kalah pada pilihan raya umum boleh menjadi kerajaan, malah hari ini memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Ada yang juga berpendapat sekiranya Pakatan Harapan terus memerintah, maka nescaya Zahid dan kluster Mahkamah yang lain, telah meringkuk dalam penjara akibat penyelewengan yang mereka lakukan. Lalu kenapa Zahid tidak bersyukur?

Di Sabah tanpa mereka yang mengalihkan sokongan daripada UMNO ke Bersatu tidak itu kerajaan Warisan tergugat dan tumbang menyebabkan Timbalan Ketua Menteri Sabah di sandang oleh Bung yang mewakili UMNO.

Sedangkan sikit pun UMNO tidak terlibat dalam gerakan menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Ini pun kluster Mahkamah tidak bersyukur kah malah menambah musuh. Alahai!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: