Bohong Kerajaan Belanja RM2 Bilion Untuk Draf RMK12

Memang betul pun, mula mula terkejut juga membaca dakwaan Anwar Ibrahim petang tadi. Hakikatnya macam mana boleh berbelanja sehingga RM2 bilion hanya untuk merancang Rancangan Malaysia ke 12. Tidak masuk akal langsung. Nah ini kenyataan Menteri yang bertanggungjawab Datuk Mustapa Mohamed, menafikan tuduhan itu.

RM2 bilion terlalu mengada ngada, founder Facebook yang dikaitkan dengan penjualan data pengguna pun rasanya tidak dibayar sebanyak itu. Hahaha!


PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membelanjakan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti didakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bawah seliaannya.

“Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat mendakwa, sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.