Chan Foong Hin Tidak Layak Bercakap Soal Kemiskinan

Ada benarnya pun hakikatnya kadar kemiskinan di bandar bandar juga tinggi seperti mana di Kota Kinabalu.

Kalau diperhalusi bukan hanya kemiskinan tapi juga kadar jenayah dan aktiviti pengemis jauh tinggi jika dibandingkan dengan luar bandar. Jadi pada wakil rakyat atau Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang mewakili DAP ambil dulu cermin tu sebelum mempolitikkan isu yang popular di kawasan sendiri atau kebanyakan kawasan yang diwakili pembangkang iaitu di kawasan urban.

Hakikatnya tuduhan itu si Foong ini lebih sinonim dengan Presiden Warisan Shafie yang walaupun telah memegang berbagai portfolio kementerian di peringkat Persekutuan tapi kawasannya masih tunggang langgang sehingga hari ini.

Cina DAP seorang ni kalau bercakap langsung tidak ada terasa keikhlasannya. Macam orang yang tidak pandai bercakap, asal ada.


KOTA KINABALU: ADUN Telupid, Jonnybone Kurum menyelar Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang menggunakan isu kemiskinan untuk menuding jari serta meraih sokongan politik.

Katanya, pemimpin sepatutnya menunjukkan komitmen dengan mencari penyelesaian terbaik untuk membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, bukannya menghina keadaan mereka yang susah.

Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar mungkin kurang berkemampuan, tetapi mereka tidak pernah kehabisan sumber makanan atau tidak mempunyai rumah.“Penduduk kampung boleh mengusahakan tanah mereka bila-bila masa dan mereka juga mempunyai sumber makanan mencukupi, walaupun tidak mempunyai wang yang banyak.

“Oleh itu, janganlah sesekali menghina keadaan mereka yang susah, kita seharusnya membantu dan bukannya mengejek penderitaan mereka.”

Beliau mengulas kenyataan Chan yang menyatakan lapan daerah di Sabah disenaraikan daerah termiskin, walaupun mempunyai wakil rakyat terdiri daripada menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Kurum berkata, kadar kemiskinan bandar di Kota Kinabalu mungkin lebih teruk daripada kawasan luar bandar seperti yang dinyatakan Chan.

“Sebenarnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman, tetapi juga di bandar.

“Realitinya, golongan miskin bandar juga wujud di Kota Kinabalu. Adakah anda (Chan) berani menyatakan di kawasan Parlimen Kota Kinabalu tiada kemiskinan?” soalnya.

Di kawasan pedalaman, katanya, tidak wujud masalah pengemis seperti di kawasan bandar.

“Oleh itu, Chan perlu turun padang lebih kerap untuk melihat permasalahan (pengemis) yang wujud di kawasan beliau.

“Ini juga menunjukkan masalah kemiskinan yang serius sememangnya berlaku di kawasan bandar.”

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: