Junz Wong, Kamu Itu Yang Duduk, Jangan Lari Ketika Sidang Berjalan

Sudah menjadi kebiasaan bagi wakil wakil rakyat Warisan untuk menerima tamparan atas pembohongan yang mereka lakukan.

Sebagai pembangkang tidak salah hari hari berbohong asalkan sebelum itu tidak pernah kantoi. He!

Ini tidak dari wakil rakyatnya hingga ke laskar bawahan, hampir hari hari berbohong pasal isu semasa dan pasal perubahan kerajaan tetapi hakikatnya sehingga hari ini mereka masih berada di kerusi pembangkang.

Terbaru Adun Pitas Ruddy Awah membidas sikap hipokrit wakil rakyat Warisan. Sebagai berkata dakwaan Wakil Rakyat Tanjung Aru, Junz Wong yang dia atau mereka tidak dibenarkan berbahas di dewan undangan negeri adalah pembohongan atau sikap yang hipokrit.

Ini kerana menurut Ruddy apa yang terjadi adalah sebaliknya pihak yang bertanggungjawab DUN telah mengeluarkan notis awal yang sesi perlu dihabiskan sekitar jam 3.30 petang atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Malah menurut Ruddy lagi ketika mereka dipanggil untuk berbahas dalam satu satu masa iaitu ketika sidang sedang berjalan, kebanyakan mereka tidak berada di tempat duduk.

Tapi boleh pula menulis di facebook, shame on GRS ya, inilah Warisan. Hakikatnya kamu yang sepatutnya duduk dan jangan lari. Hahaha!

Sepatutnya, Yang Berhormat jelas terhadap perkara ini bukannya menuduh sembarangan bahawa kerajaan GRS sengaja tidak memberikan peluang kepada mereka berbahas selain memberikan maklumat kurang tepat kepada umum di media sosial,” kata Ruddy.

Sebelum ini si Junz Wong menerusi akuan facebooknya telah membuat kenyataan kononnya kerajaan GRS memalukan kerana tidak memberikan mereka ruang untuk berbahas sedangkan peraturan membenarkannya hingga jam 5.15 petang.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑