Kamu dengar ni betapa garangnya si Gobind mengejek pemimpin UMNO atau Perdana Menteri Ismail Sabri. Menurut ahli Parlimen DAP ini belum pun sampai setahun menjadi Perdana Menteri sudah berlaku kelemahan yang tidak masuk akal.
Ia berkenaan tiga Pegawai SPRM yang dipercayai telah mencuri atau menghilangkan bahan bukti kes yang dihadapi oleh seorang individu yang ada kaitannya dengan UMNO atau saja skandal 1MDB.
Gobind juga mempersoalkan ke mana sudah usaha mereformasikan Parlimen yang dipersetujui oleh mereka dalam MoU baru baru ini?.
Cara DAP bercakap ni seolah oah mereka itu adalah wakil kerajaan tapi lebih berkuasa dari kerajaan.
Yang peliknya kenapa kah kritikan ini tidak dijawab oleh UMNO, adakah UMNO juga tidak menyokong kerajaan hari ini?
Kesalahan terbesar UMNO bekerjasama dengan musuh tradisi atau adakah ini juga taktik kluster Mahkamah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Ismail, membiarkan Pakatan Harapan bermaharajalela?
Sebab itu sejak kebelakangan ini pernah lagi kamu mendengar DAP mengungkit intipati perbicaraan yang dihadapi oleh Najib dan Zahid, selain hanya perkara baru yang berlaku dalam kerajaan Perdana Menteri Ismail, betul tak?
Tanpa MoU maka kerajaan atau Perdana Menteri Ismail Sabri (PM Ismail) hanya akan bertahan 30 hari.
Begitu penjelasan, Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan kenapa MoU dimeterai bersama pembangkang. Lanjut Tajuddin lagi ia terpaksa dilakukan sebab PM Ismail hanya mendapat sokongan 114 dari ahli Parlimen Bersatu, GRS, GPS dan UMNO.
Soal pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama banyak dengan ahli Parlimen kerajaan. Menurut Tajuddin ia tidak menjadi isu, walaupun pada hakikatnya pembangkang akan lebih kuat dalam pilihan raya umum akan datang pembangkang.
Inilah apa yang dipanggil kesenangan yang bersifat jangka pendek. Hahaha. Pendek pada UMNO lah, tidak pada parti Bersatu atau GRS dan GPS, sebab gabungan ini semakin diterima oleh pengundi masing masing. Buktinya cuba dengarkan parti mana yang hari hari menjadi modal Pakatan Harapan, bukan kah UMNO?
Di Sarawak sudah tentu UMNO tidak wujud. Di Sabah pula, nampaknya menjadi makanan Warisan, apa lagi kalau UMNO Sabah terus bersikap acuh tidak acuh terhadap parti parti kerajaan.
Sebentar tadi belaci Nga Kor Ming mentioned admin di twitter dia kata admin patut sedar dan malu, sebab tanpa pembangkang kerajaan ini tidak akan bertahan lama. Admin balas kamu yang patut yang malu, ini kerana dalam parti lain tidak mendukung penuh kluister Mahkamah, kamu pula yang terhegeh hegeh (lebih kurang begitulah).
Apa pun ini adalah kerajaan Perikatan Nasional sebab Presiden Bersatu yang mencalonkan Datuk Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Jadi mari pertahankan!
Tanpa MoU, hanya kerajaan 30 hari
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Oleh ASLINDA NASIR
20 September 2021, 9:46 am
Share on facebook Share on twitter Share on whatsapp Share on email Share on telegram
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berisiko menjadi ‘kerajaan 30 hari’ jika tidak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, tindakan segera itu dilihat sebagai jaminan kerana bilangan yang menyokong kerajaan sangat tipis dengan jumlah 114 sokongan, sekali gus boleh tumbang bila-bila masa.
“Masing-masing nak gunakan kesempatan ambil peluang ini untuk mengukuhkan parti masing- masing. Untuk apa? Persediaan nak menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, apa dia kaedah yang diperoleh parti kerajaan? Apa yang dibuat oleh parti pembangkang? MoU lah. Kalau parti pembangkang dapat peruntukan sama dengan kerajaan, bermakna RM3 juta setiap kawasan, mereka nak berkempen habis-habis, habislah kerajaan.
“Tapi nak buat macam mana? Kalau nak, kita kena bersetuju tawaran itu. Kalau tidak, kita akan ada Perdana Menteri dua minggu sahaja lah. Keuntungan bagi pihak kita, tidak diganggu. Maknanya kita stabil sampai Julai tahun depan.
“(Tanpa MoU) hari ini kita nak lalui hari mendatang pun tercungap-cungap,” katanya ketika ditemu bual, Khamis lalu.
Tajuddin berkata, beliau memahami keadaan Perdana Menteri yang ‘tersepit’ dalam membuat keputusan kerana dalam masa yang sama, Ismail Sabri perlu menjaga kepentingan parti dalam politik.
“Kita sebagai pemimpin memang kena jaga kepentingan parti dan dalam masa yang sama perlu diingat yang kita adalah pemimpin kerajaan. Dia ada dua ‘topi’, satu kerajaan, satu parti. Parti ini ada tatakelola dia sendiri.
“UMNO? Setakat ini okeylah,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, beliau ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah dengan dasar kerajaan yang diputuskan Ismail Sabri tanpa perbincangan dengan parti.
Mengulas lanjut, katanya, meskipun dilihat keputusan Perdana Menteri membelakangi parti, ia mengambil kira semangat menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya mengadakan persefahaman dengan semua pihak termasuk bersama pembangkang.
“Memang nampak mendahului parti, tetapi niat dia baik. Yang di-Pertuan Agong pun dah menasihatkan supaya ada kerjasama dengan pembangkang, jadi dia nak respons pada perkara itu dan dia buat cepat kerana Parlimen dah nak mula bersidang ketika itu.
“Jadi di situ akan wujud satu kestabilan politik yang mengambil konsep ‘menang-menang’ antara kedua-dua pihak,” katanya lagi.
Kerajaan Persekutuan dan PH pada minggu lalu melakar sejarah negara dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.
Perdana Menteri berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen.
Tiga lagi adalah kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.- UTUSAN ONLINE
Ahmad tidak berpuas hati pada kerajaan keluarga Malaysia sebab akta dana politik tiada dalam MoU. Mamat ni ingat DAP tu terlalu bodoh hingga sanggup mengorbankan kredibiliti mereka di mata kaum Cina yang majoritinya adalah penyokong DAP dan anti UMNO
MoU yang dimaksudkan ialah persefahaman yang telah ditandatangani di antara Pakatan Harapan dan kerajaan.
Atau ini juga taktik licik terbaru UMNO aka kluster Mahkamah. Memandangkan Ahmad, Najib, Zahid dan Lim Guan Eng sendiri terpalit dengan tuduhan penggubalan wang haram. Hahaha!
Dimana seandainya akta ini berjaya dimaktubkan maka terlepaslah kluster Mahkamah dari tuduhan penggubalan wang haram, begitu juga dengan Lim Guan Eng.
Lama lama rakyat akan berfikiran MoU itu adalah MoU khusus untuk Kluster Mahkamah. Hahaha!
Pun begitu sejujurnya admin bersetuju kalau akta dana politik di perkenalkan.
Satu lagi, admin minta maaf andai ada pemimpin pemimpin UMNO yang merasakan admin ini terlalu spoken. Apa yang admin lakukan ini hanyalah bertujuan untuk membalas tentang apa yang telah dilakukan oleh laskar UMNO dan laskar Kluster Mahkamah terhadap wakil wakil rakyat Bersatu atau GRS. Admin pun pelik entah kesalahan apa yang mereka telah lakukan walaupun masa itu UMNO juga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak berpuas hati akta dana politik tidak terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang yang ditandatangani pada Isnin di Parlimen.
Setiausaha Agung UMNO itu yang sedang berdepan kes mahkamah berkata menjadi mangsa sehingga diheret ke muka pengadilan dan mendakwa dirinya tidak tersenarai dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima sejumlah wang dana politik dan tidak membayar cukai.
“Ada perkara yang tidak disebut dalam MoU antara kerajaan dan pembangkang iaitu akta dana politik.
“Pada 2016, sudah ada draf Political Donation and Expenditure Act (PDEA), kenapa tidak dilaksanakan perkara ini?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau kemudiaan mengungkit sepatutnya pemberi dan penerima dana politik tidak sepatutnya dizalimi, ia secara tidak langsung merujuk kepada dirinya yang sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ketika ini.
“Maka perlu diadakan kerana pemberi dan penerima tidak patut dizalimi.
Ahmad berdepan dua tuduhan pengubahan wang haram kerana gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tuduhan memberikan kenyataan palsu kepada SPRM.