Bunuh Diri Meningkat Mana Propaganda Kerajaan Gagal?

Oh kita orang ingat ni bila Perdana Menteri diganti maka propaganda kerajaan gagal yang di canang oleh pembangkang dan kluster Mahkamah akan dapat membuktikan dakwaan mereka dan paling penting kehidupan rakyat Malaysia berjalan seperti biasa begitu juga dengan ekonomi, menunjukkan pertumbuhan yang menakjubkan. Hahaha!

Ternyata propaganda kerajaan gagal hanyalah pembohongan semata mata. Iyalah bukan hanya kes Covid 19 yang meningkat malah kes bunuh diri bertambah.

Shafie atau Warisan antara pembangkang waktu itu yang lantang menuntut agar sidang Parlimen segera diadakan, bagi konok mencari jalan keluar. Tahu tahu hanya sibuk menuntut jawatan Perdana Menteri. Itu pun Pakatan Harapan sendiri tidak menamakannya sebagai calon.

Sekarang apa cerita, hari ini kes jangkitan dan kes bunuh diri meningkat?


PETALING JAYA: Kes bunuh diri di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 143% atau 638 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding 262 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes itu juga dilihat pada 2020 dengan 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

“Sehingga Julai tahun ini, 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 143% atau 1.4 kali lebih banyak.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di seluruh dunia terdapat lebih 703,000 kes kematian membunuh diri setiap tahun, dengan purata 1 kejadian bunuh diri setiap 40 saat.

“Pada 2019, satu dalam 100 kematian (1.3%) adalah disebabkan bunuh diri,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Hisham berkata, masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat pandemik Covid-19.

Katanya, faktor sosial yang menyebabkan stres terlampau antaranya hilang pekerjaan atau sumber pendapatan, isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai boleh memberi kesan kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan.

“Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ia berisiko untuk tingkah laku bunuh diri.

“Tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri, rancangan bunuh diri , cubaan bunuh diri dan kematian akibat tindakan bunuh diri,” katanya lagi.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan inisiatif untuk menangani tingkah laku bunuh diri, iaitu pengukuhan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial, sokongan terhadap usaha dekriminalisasi cubaan bunuh diri dan advokasi kempen ‘Let’s TALK Minda Sihat’.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: