Tahu Gadung Itu Mabuk Kenapa Diratah Ratah

Artikel dibawah di panjangkan pada admin oleh seorang Tan Sri yang cukup terkenal.

Artikel itu bercerita pasal sikap sebahagian pemimpin dan jentera UMNO terhadap kepimpinan Perikatan Nasional. Ada saja perkara yang tidak kena walhal Perikatan Nasional yang menawarkan jawatan Perdana Menteri pada mereka.

Yang lucunya orang orang yang gagal mempertahankan UMNO pada pilihan raya umum ke 14 dan baru baru ini sekali lagi kalah dalam pilihan raya negeri Sabah, pun ikut mengata. Sepatutnya lebih banyak belajar dan bersyukur sebab walaupun tumbang dan kalah dalam setiap pilihan raya, tapi kerana percaturan tiba tiba menjadi pemerintah.

Alah menjadi kerajaan kerana terdesak dan percaturan bukannya mandat yang diberikan oleh rakyat pun tapi terlalu besar kepala, apa kah hal.


Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah

Begitulah sifat segelintir penyokong parti UMNO yang sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.

Kerajaan yang tertubuh kini hari adalah kerajaan di bawah kepimpinan dari Barisan Nasional (BN) bukanlah Perikatan Nasional 2.0 atau PN 2.0 seperti kata mereka selepas perlantikan TSMY.

Semasa perlantikan DSIS sebagai PM mereka bersorak dan mendabik dada dengan melaungkan “Barisan Nasional” telah kembali ke Putrajaya dan disambut meriah oleh segenap keahlian mereka.

Bagi PN kerajaan ini adalah bersifat Confidence and Supply Agreement (CSA) bagi mencapai kestabilan politik sebelum PRU15, perkara ini jelas dimana sokongan majoriti besar kerusi ahli parlimen dari PN adalah sokongan bersyarat agar Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan.

Namun apa yang dilihat laungan atau nyalakan mereka sebelum ini tidak selaras dengan apa yang diperkatakan apabila mereka terpaksa memasukkan nama yang sama dalam barisan kabinet menteri untuk menyambung tugasan yang telah berjalan dengan baik yang sebelum ini diherdik oleh mereka kononnya gagal.

Bagi pihak anggota PN dari awal kita telah menetapkan bahawa kita tidak akan memohon sebarang jawatan dan menyerahkan atas keputusan Perdana Menteri baharu. Tidak ada mesyuarat kepimpinan tertinggi dari PN untuk membincangkan soal jawatan, manakala mereka hari-hari bermesyuarat MKT untuk membincangkan soal jawatan.

Presiden yang Slip Disc juga berjam-jam mempengerusikan mesyuarat untuk membincangkan hala tuju dan jawatan dalam kerajaan. Kemudiaan dilantiklah menteri Kongratulat dengan beberapa Menteri dari UMNO, yang tidak pernah dipertikai oleh PN.

Namun kita melihat kerajaan hari ini tidak mementingkan soal rakyat dan asyik dengan penerbangan kelas pertama dan agenda membebaskan pimpinan mereka dari pertuduhan di mahkamah. Ada yang rasuah tapi bila kena dakwa tiba-tiba jadi wang pinjaman. Rakyat semakin sensara angka kematian mencecah 500 dan kadar kemasukan di ICU meningkat hingga menyebabkan hospital sesak.

Rakyat juga kelihatan masih berkabung dan bersedih dengan perletakkan jawatan TSMY, hari demi hari mereka didesak dengan kemahuan rakyat dimana kita melihat apabila DSIS muncul sahaja secara langsung majoriti rakyat yang melihat akan menunjukkan reaksi yang negatif dan mencerca beliau.

Mungkin kerana rakyat membenci pelakon drama seperti Zahid Hamidi dan Raja Troll Najib Razak serta Ketua Pemuda Propaganda Asyraf Wajdi. Rakyat dilihat seolah-olah menunjukkan reaksi yang amat benci dan marah terhadap kerajaan.

Perkara ini menyukarkan PM atau Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berfungsi dengan baik, mereka juga tidak dapat melunaskan tuntutan dan janji mereka sebelum ini seperti moratorium tanpa faedah, kenaikan BKC dan KWSP. Jika dibiarkan nescaya rakyat akan memberontak dan turun di jalanan.

Maka tiada langkah lain mereka terpaksa meletakkan semula TSMY sebagai Pengerusi MPN untuk membiarkan rakyat gembira agar pemerintahan kerajaan dapat berfungsi dengan sebaiknya untuk melawan covid-19 dan menyakinkan pelabur masuk ke Malaysia.

Untuk rekod TSMY tidak pernah memohon jawatan ini namun dirayu-rayu oleh pimpinan BN agar beliau kembali ke tampuk pemerintahan untuk mengawal pandemik ini dengan sebaik mungkin seperti dahulunya.

Walaupun pahit terpaksa juga ditelan oleh pemimpin berjiwa besar dan prihatin rakyat seperti susuk tubuh bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin. Inilah bukti kenapa perlantikan di buat pada hari sabtu, ini kerana DSIS terpaksa memujuk untuk TSMY kembali sebagai Pengerusi bertaraf Menteri.

Keputusan penerimaan dibuat pada hari sabtu membuatkan Kerajaan Barisan Nasional ini tidak sabar-sabar untuk menunggu hari Isnin untuk menggembirakan hati rakyat maka PM terus mengarahkan agar berita gembira ini dipercepatkan ke pengetahuan rakyat.

Inilah bala apabila kamu menjatuhkan pemimpin berjiwa rakyat dan disanjung oleh rakyat dengan harapan branding BN dan UMNO itu sendiri dapat menyelesaikan semua masalah. HAKIKAT YANG SEBENAR UMNO DAN BN SUDAH LAMA DI TOLAK RAKYAT SERTA DUNIA.

Bagaimana satu parti yang dipalik dengan scandal diperingkat global dan ditolak oleh rakyat dapat menarik FDI??? LOGIKNYA dimana fikirkan.

Apa pun tolong hashtag #TSMYPANGLIMAKAMI

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: