
Semalam Lim Kit Siang memberikan amaran, bahawa oleh kerana Perdana Menteri Ismail melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Pemulihan Negara maka masa depannya sebagai Perdana Menteri akan tergugat. Wow hebat sangat tu!
Tergugat bermaksud tempoh kepimpinannya sebagai Perdana Menteri akan cepat berakhir, silap silap sebelum tempoh 100 hari yang diberikan pada barisan kabinetnya berakhir.
Macam mana DAP ada kekuatan seperti itu, amat menghairankan bukan kah DAP di belah pembangkang. Apa lagi kalau kita hitung secara logik kedudukan PM Ismail hanya tergugat seandainya Presiden UMNO menarik sokongan dari kerajaan ini.
Kah Zahid yang berbisik pada DAP agar membuat ugutan seumpama itu? dengan harapan PM Ismail akan sentiasa memandang Zahid Hamidi sebagai Ketua parti. Maklumlah sepatutnya yang memegang jawatan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO bukannya setakat Naib Presiden.
Soalnya sekarang berani kah Presiden UMNO menyangkal ugutan DAP ini? jika seperti biasa membiuskan diri, maka benarlah ada hubungan terlarang diantara mereka.
Jadi pada Perdana Menteri Ismail, ambil tindakan tegas terhadap mereka. Cari jalan termasuklah memberikan tekanan, tidak terkecuali ke atas Zahid Hamidi.
Datuk pun sedar sepatutnya jawatan Presiden UMNO di sandang oleh Perdana Menteri. Jangan sampai pentadbiran Datuk nampak tempang, seolah olah benar satu keris di pegang oleh orang luar.
Tinggalkan Jawapan