Jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tidak Bergaji

Nah terjawab dengan sendirinya tuduhan jahat para laskar pembangkang, susulan pelantikan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Mereka berburuk sangka dan mendakwa berlaku lagi pembaziran wang negara kerana digunakan untuk membiaya jawatan ini.

Tahu tahu Tan Sri Muhyiddin menerima jawatan ini secara sukarela dan menolak imbuhan atau gaji.

Pergi minta maaf supaya kelak tidak merangka kesakitan di padang Mahsyar.


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbesar hati dengan pelantikannya sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Muhyiddin menegaskan, beliau akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa sebarang imbuhan.

Menurutnya, kepercayaan diberikan kerajaan merupakan suatu amanah untuknya meneruskan segala usaha dan perancangan yang telah dimulakan beliau sebelum ini bagi memulihkan negara daripada kesan wabak Covid-19.

“Alhamdulillah, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Jemaah Menteri, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan ini.

“Saya juga menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memperkenankan pelantikan saya.

“Saya menerima pelantikan ini dan akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, beliau dan anggota MPN akan berperanan membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Sinar Harian

One thought on “Jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tidak Bergaji

Add yours

  1. 😊😊😊 satu berita yg sgt anna harap kan agar ‘Kepak anna dapat dikembalikan semula agar PN.2 ini harus bekerja dalam suasana semangat harmoni dan tiada ‘puaka pelesit huduh yg dah tentu akan buat kesukaran terhadap org org PNPPBM yg dalam kabinet PN.2..lagipun anna terlihat jugak..apabila juak juak pembankang serta tali barut UMNO beracuntoksik kluster mahkamah itu tetap ada yg berjawatan Lantikkan Menteri & Timbalan Menteri..dekat Zafrul ada ‘anak si Musa Aman..Noraini Tongok sengal..TS Noh Omar..dan Alamin kimanis sabah serta Bung Mokhtar ..totok totok melingkup yg dgn Zahid Hamidi serta 14 nama MP UMNO rosak yg tersenarai dlm hal ‘tarik sokongan keluar PN kelmarin..berapa saja yg PNPPBM🌺 rasa OK atas nama BN terdahulu..lagipun..yg calonkan PM 9 DSIS tuuhhhh adalah dari mantan PM🇲🇾TSMY ..bagi pihak PN..kelmarin kan..dalam kisah calon PM baru..Zahid Hamidi berkeras namakan dirinya sebagai calon PM..serta nama Ku Li turut di calon kan juga..UMNO rosak nieeee ..tak setuju yg jadi PM baru itu DSIS…itu sebab aku lilitkan benang merah Sabdo Palon pada Pak Long agar beringat..don’t take advantage terhadap kami🌺🇲🇾semua serta TSMY..kira ada 4 nama calon PM baru..dan Anwar Ibrahim tetap di kalahkan oleh DSIS dari UMNO..Ku Li sekadar pencelah saja..😁

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: