24,599 Kes Harian Positif Covid 19 Tertinggi Setakat Ini šŸ‘Ž

Nah apa cerita ini kenapa kes jangkitan Covid 19 meningkat dari sehari ke sehari atau sejak Perdana Menteri bertukar tangan ni.

Hari ini Malaysia mencatatkan 24,599 kes jangkitan positif Covid-19 iaitu rekod tertinggi sejak Covid 19 menyerang Malaysia.

Jadi dakwaan sebelum ini kononnya kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin gagal mengurus penularan Covid 19 hanyalah fitnah semata mata lah ya.

Walaupun pihak kerajaan pada waktu telah menjelaskan faktor yang menyebabkan peningkatan kes. Tapi bongok bongok politik terus mengeluarkan kenyataan yang bertentangan walhal mereka juga dari pihak pemerintah. Seperti contoh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sanggup menyediakan perkhidmatan guaman pada penerima kompaun atas kesalahan melanggar SOP.

Walhal tujuan kompaun adalah untuk mendidik masyarakat degil biar menerima didikan sivik dan tidak mengulanginya.

Pada para bongok politik, boleh tak kamu berikan alasan yang munasabah, alasan yang rakyat Malaysia tidak pernah dengar dari pemerintahan sebelum ini?

Itulah jangan buat kerja yang akhirnya menyusahkannya diri sendiri. Sekarang siapa yang rugi dan siapa yang bakal untung? dah macam keluarga 69 tunggang langgang.

Hakikatnya pertambahan kes Covid 19 sangat berkait dengan disiplin setiap masyarakat, bagaimana mereka mematuhi SOP yang telah ditentukan oleh kerajaan. Bukannya diletakkan di bahu kerajaan semata mata.

Adapun suara suara sumbang yang dilaungkan oleh laskar pembangkang itu hanyalah tuduhan yang mengada ngada, hakikatnya mereka sendiri tidak tahu atau tidak faham dengan apa yang mereka tulis di medsos, setakat membangkang apa pun yang tidak memihak parti yang mereka sokong. Loser!

Kalau di Sabah penularan Covid 19 sinonim dengan kepimpinan Warisan yang degil hingga ada diantara mereka yang tidak percaya pada kewujudan Covid 19, kusung kubid katanya.



SHAH ALAM – Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia terus meningkat kepada 1,640,843 selepas 24,599 kes baharu dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,936.

“Diikuti Negeri Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078) dan Sarawak (2,024),” katanya menerusi catatan di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, sebanyak 22,642 kes positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhannya 1,616,244 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan 6,325 kes diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667)Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424) dan Perak (1,390).

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: