Esok PM Ismail Umum Senarai Kabinet, Jangan Mengecewakan Bersatu

Kita tunggu esok apa kesudahannya. Jangan mengecewakan pihak yang memberikan sokongan 100% iaitu Bersatu atau PPBM dan sekutunya, sudahlah.

Sebenarnya Bersatu tidak hanya memberikan sokongan tapi juga pihak yang bertanggungjawab menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Waktu itu UMNO yang dikawal Presiden UMNO Zahid Hamidi juga ada calon tersendiri tapi kalah atau tidak mendapat sokongan majoriti dari Ahli Ahli Parlimen UMNO itu sendiri.

Memang berat andai mengecewakan, berat untuk di pikul apa lagi dari konteks Sabah.

Bermula pilihan raya umum yang lepas rakyat Sabah mulai menolak UMNO atau parti daripada Semenanjung. Sebab itulah UMNO menyaksikan calon mereka kalah kepada calon Bebas pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Nasib baik PPBM atau Bersatu sempat bertapak itu pun cuba dihalang oleh Warisan tapi Tun Mahathir tidak mempedulikannya, seperti biasa sentiasa melihat jauh ke hadapan.

Jangan berulang bias yang berlaku di Sabah. Bila mana Bersatu yang dinaungi mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor berjaya menggugat Dewan Undangan Negeri hingga dibubarkan. Tapi bila tiba pembahagian kawasan yang ditandangi, UMNO pula yang melebih lebih walhal sikit pun tidak berusaha atau terlibat dengan gerakan menggugat keabsahan Ketua Menteri Shafie pada waktu itu.


PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Teka-teki barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal terjawab esok.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pengumuman itu akan dibuat Ismail Sabri pada jam 11 pagi dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

“Liputan hanya melibatkan media rasmi sahaja,” kata pejabat itu pada Khamis.

Menurut pejabat Perdana Menteri, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula di jadual pada Isnin depan, jam 2.30 petang di Istana Negara.

Sinar Harian

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.