PM Ismail Panggil Ketua Ketua Parti Pembangkang Untuk Tikam Kawan?

Sebentar tadi diberitakan PM Ismail telah memanggil atau menjemput Ketua Ketua Parti pembangkang kecuali Warisan bagi membincangkan sesuatu.

Rasanya berkenaan undi tidak percaya yang disarankan Agong.

Sebelum Agong menobatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9, Agong ada menyarankan agar diadakan undi percaya di Parlimen.

Jadi mungkin kah jemputan ke atas tiga pemimpin pembangkang itu sengaja dibuat sebagai isyarat awal pada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa mereka akan menyaksikan satu konspirasi diantara parti UMNO dengan PKR dan DAP (Amanah) bagi menghalalkan tindakan yang akan diambil, sedangkan ia bertentangan dengan syarat yang diberikan oleh lebih kurang 77 Ahli Parlimen dari pelbagai parti sebelum Ismail Sabri dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Syarat itu ialah jangan bagi kedudukan pada kleptocracy atau dalam bahasa pendeknya jangan gadaikan konstitusi.

Tetapi sebelum itu perlulah undi percaya di Parlimen kelak dimenangi oleh PM Ismail melalui bantuan dari Pakatan Harapan tadi itu.

Sekiranya undi percaya tidak memihak atau kalah maka Perdana Menteri Ismail akan jatuh dan usaha meloloskan penjenayah juga akan gagal.

Di fahamkan DAP telah menyediakan 13 Ahli Parlimennya untuk menyokong PM Ismail atau UMNO. 13 belum termasuk ahli Parlimen dari PKR dan Amanah. Cukup ramai tu!

Ingat rakyat Malaysia sekiranya berita ini ada kebenarannya, maka tahulah kamu pergolakan ini disebabkan oleh tangan tangan merah yang enggan bertanggungjawab atas kesalahan yang mereka telah lakukan, malah minta pula diselamatkan dari hukuman bersalah menggunakan undi rakyat yang menolak kleptocracy.

Seolah olah mereka mahu kita menjadi pengikut setia kartel dadah dan mereka ada perjanjian dengan Malaikat yang kita kelak tidak dibantai. Jadi ketuk kepala dan rasa masih waras kah anda!

Walaubagaimanapun sebagai sebagai masyarakat biasa amat berharap semoga berita ini hanyalah andaian semata mata atau sekiranya benar sekalipun, semoga tidak diteruskan demi menjaga hubungan UMNO dan Bersatu agar bertambah baik dari semasa ke semasa. Walaupun tidak dinafikan ada perbezaan perbezaan pendapat yang tidak boleh dielakkan hingga memanaskan hubungan. Biasalah tu, bukan kah ia fitrah dalam politik. Tapi kalau tidak boleh lagi dielakkan, apa boleh buatlah. Kita orang perang sampai lunyailah!

Perlu diingat, apa yang berlaku kebelakangan ini bukannya akhiran kepada sistem demokrasi, penentunya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: