Laporan Berita Azmin dan Jawatan TPM Berniat Jahat, Kata Setiausaha Politik

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Mohamed Azmin Ali iaitu menolak laporan dua portal media berhubung pelantikan jawatan timbalan perdana yang dikaitkan kepada bekas menteri kanan itu sebagai “berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.”

Muhammad Hilman Idham kesal laporan Malaysiakini dan Free Malaysia Today itu memetik sumber yang memberikan maklumat yang tidak benar.

“Pada masa yang sama, laporan tersebut diyakini bertujuan untuk menggugat kestabilan dan perpaduan yang semakin utuh dalam Perikatan Nasional (PN) yang mendukung kepimpinan Ismail sebagai perdana menteri,

“Amat dikesali, kedua-dua portal media tersebut tidak dapat mengesahkan kebenaran sumber yang dilaporkan demi menjamin laporan yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu portal berita Malaysiakini melaporkan, sumber Bersatu yang rapat dengan Azmin memberitahu portal berkenaan bahawa Ahli Parlimen Gombak itu akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri .

FMT turut memetik sumber sebagai mendakwa kalangan pemimpin Bersatu dan Umno bimbang Azmin dan penyokongnya mungkin tidak menyokong Ismail dalam usul undi percaya di Dewan Rakyat, jika beliau tidak dilantik sebagai “orang nombor 2”.

Sumber Bersatu memberitahu FMT, Azmin adalah calon utama bagi jawatan timbalan perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya, berkata Ahli Parlimen dilantik sebagai perdana menteri perlu melaksanakan undi percaya di Dewan Rakyat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.