Hakim Panggil Dr Pakar Setelah Zahid Gagal Hadir Bicara

Bahayanya kalau secara peribadi anda diyakini benar telah melakukan kesalahan rentetan itulah anda dibicarakan di Mahkamah.

Seperti yang berlaku hari ini dalam perbicaraan kes salah guna kuasa Presiden UMNO Zahid Hamidi.

Zahid berhadapan dengan 47 tuduhan rasuah melibatkan Yayasan Akalbudi dan penggubalan wang haram. Serta menerima wang suapan dari pelbagai projek semasa dia berjawatan Menteri.

Sepatutnya pagi tadi Zahid hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan perbicaraan rasuah yang dijadualkan berakhir pada 09 September 2021 tetapi mangkir.

Alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Zahid, mendakwa Zahid sakit kerana terjatuh dan sedang menjalani rawatan di hospital.

Namun Hakim Collin Lawrence yang mengadili perbicaraan kurang percaya, memandangkan sudah beberapa kali Zahid gagal menghadirkan diri dengan mengemukakan alasan yang remeh.

Oleh itu Hakim Collin akan memanggil seorang doktor pakar bagi mendapatkan maklumat berkenaan penyakit yang dihadapi oleh Zahid. Selain sapina akan dikeluarkan ke atas doktor yang merawat Zahid Hamidi bagi mendapatkan butiran atau prosedur yang patut digunakan oleh Zahid ketika terpaksa menghadiri perbicaraan di Mahkamah (lebih kurang begitulah).

(Ada yang berpendapat Presiden UMNO ni belajar dari cikgunya, cara bagaimana melengahkan masa ketika berhadapan situasi yang getir. Pada penyokong kluster kamu jangan marah bila netizen berpendapat seperti itu, sebab dulu ketika leher Anwar di balut seperti ini kamu juga yang mendakwa Anwar sedang berdrama. ini kira karma lah ni) 🤔

PM Ismail menjenguk kluster Mahkamah

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: