Tajuddin Tetap Sokong PM Muhyiddin

Semakin hari semakin sematang politik Tajuddin ini, ada harapan rakyat akan melihatnya sebagai hero UMNO. Kenapa tidak, kalau isu yang tampak menjejaskan kelangsungan kerajaan Perikatan Nasional mampu dilihat dari sudut kebaikan secara umumnya. Bukan macam yang lain itu dah macam Kerbau. Alahai!

Tajuddin akan terus berdiri dibelakang kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin. Sama dengan Hishammuddin dan Ahli Parlimen UMNO yang lain juga setia pada kerajaan Perikatan Nasional.

Sekali lagi pada pembenci kerajaan Perikatan Nasional pergi kamu sambung tidur tu. Hari hari mengongong tapi keadaan tetap sama sebagai pembangkang. Hahahah!


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin di sebalik kontroversi pengumuman pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tajuddin berkata, semua pihak tidak harus bingkas menuduh kerajaan dan Perdana Menteri derhaka kepada Istana berhubung isu itu.

Katanya, apa yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan pada sidang khas Dewan Rakyat Isnin lalu hanya merujuk kepada perkara diputuskan oleh pihak kerajaan.

“Pembubaran (ordinan) darurat itu…mesti mendapat perkenan Agong dahulu sebelum ia diberitahu kepada orang ramai.

“Kita menerima hakikat itu. Tetapi Menteri Undang-undang (hanya) menyebut di dalam Parlimen, (Ordinan Darurat) telah dibatalkan oleh Kabinet. Dia tak sebut pun lagi yang pembatalan itu belum lagi selesai sehingga mendapat perkenan Agong.

“Dia dijadualkan untuk menjelaskan (perkara berkenaan) Isnin ini. Tetapi sudah jadi macam ini tak tahulah jadi macam mana,” katanya kepada FMT, tanpa mengulas lanjut.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob berkata, 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, mengadakan mesyuarat semalam dan menyatakan sokongan berterusan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Mereka mengambil pendirian demikian meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendesak Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Kenyataan Ismail itu dibuat menerusi surat menggunakan logo dan alamat BN. Bagaimanapun ibu pejabat BN menegaskan kenyataan itu tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi parti.

“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui pengerusi (Ahmad Zahid Hamidi) atau Setiausaha Agung parti (Zambry Abdul Kadir) dan hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti,” kata Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.