Kita Cabar Kluster Mahkamah Agar Hadir Di Tunjuk Perasaan Baju Hitam

Dengar khabar ketika ini sedang berlangsung tunjuk perasaan yang memakai baju hitam berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjed Jamek.

Selain berbaju hitam mereka juga mengangkat bendera berwarna hitam. Dah macam ISIS!

Mereka terdiri dari kalangan jentera atau penyokong Pakatan Harapan dan Bersih 2.0

Tujuan mereka untuk mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri. No wonderlah sebab puak itu memang biasa mencetuskan ketidakharmonian dikalangan masyarakat.

Ada beberapa sebab kenapa mereka terangsang turun ke jalanan. Antaranya setelah mendapat gambaran yang Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal. Bila mana beberapa pemimpin dan jentera UMNO turut menekan Perdana Menteri. Selain surat Istana yang mengkritik pembatalan proklamasi darurat.

Jadi begini alang alang basah, kita cabar pemimpin dan penyokong UMNO kluster Mahkamah yang ada di seluruh negara, agar menyertai penunjuk perasaan dan memakai baju hitam. Jangan lupa angkat juga bendera hitam tu!. Apa macam? Nak sangat kan, macam saja tidak tahu, kerajaan UMNO tumbang kerana salah laku kluster Mahkamah itu sendiri.

Jangan kamu hairan kalau ancaman Covid-19 tidak bersesudahan. Tengok saja perbuatan puak puak pembangkang tu. Jangan juga selepas ini ada pembangkang yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mengekang penularan Covid-19.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: