Terbukti Naib Warisan, Peter Anthony Pemimpin Penipu/Pencuri – Pendakwaan Ke 10

Hanya dia ni boleh marah walaupun perbuatannya menyalahi undang-undang. Begini kah sikap seorang wakil rakyat, sikit sikit marah.

Ini bukan kali pertama perbicaran di Mahkamah membuktikan dia ni penipu. Kali ini pasal penyelewengan yang membabitkan prasarana pendidikan anak anak Sabah.

Barang diingat ketika kes penyelewengan ini berlaku siapa Menteri di belakang Naib Presiden Warisan, Peter Anthony pada ketika itu. Bukan kah Menteri KKLW, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Nah sebab itulah jangan marah bila ada masyarakat yang mendakwa sebenarnya penyokong Warisan adalah penyokong pemimpin pencuri atau penipu, jangan mereka marah. Benda yang nyata bukannya andaiaannya.

Dalam kes yang sama, Najib Razak juga sebelum ini ada menyatakan Peter Anthony turut menipunya melalui surat yang dikemukan.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Datuk Peter Anthony pernah memarahi bekas Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor  Datuk Dr. Harun Abdullah kerana syarikatnya gagal memperoleh kontrak penyelenggaraan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di universiti itu.

Harun, 60, berkata, kontrak berkenaan tidak diberikan kepada Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd (Asli Jati) milik bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu, sebaliknya diberi kepada REMT Utama Sdn. Bhd. (REMT) melalui tender terbuka.

Menurut saksi pendakwaan ke-10 itu, keputusan pemberian tender berkenaan diluluskan oleh mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UMS.

Ketika membacakan pernyataan saksinya, Harun berkata,  projek M&E itu akan dilaksanakan bagi tempoh dua tahun yang menelan belanja hampir RM22 juta manakala surat setuju terima kepada REMT Utama dikeluarkan pada 23 Julai 2014.

Bagaimanapun, beliau kemudian mendapat tahu bahawa satu surat lain bertarikh 9 Jun 2014 telah dikeluarkan oleh UMS tanpa kebenarannya yang mana tempoh penyelenggaraan telah dilanjutkan sehingga lima tahun.

Menurut saksi, surat itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang dan dihantar kepada
Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Ujarnya, perkara itu hanya diketuai selepas menerima surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 5 September 2014 yang meluluskan permohonan UMS  melaksanakan projek berkenaan secara rundingan terus dengan Asli Jati dan Ulink Property Sdn. Bhd. untuk tempoh tiga tahun, walhal UMS telah melantik REMT.

Harun berkata, tindakan Shariff mengeluarkan dan menandatangani surat itu adalah bertentangan dengan keputusan mesyuarat LPU yang menghendaki projek berkenaan dilaksanakan secara tender terbuka.

Ujar saksi, beliau bersama-sama Shariff kemudian pergi ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan untuk mengesahkan surat berkenaan selepas Shariff  Mengakui tidak ingat menandatanganinya.

Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Asli Jati didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu  dengan niat menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.

Beliau juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, menggunakan surat  pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun
2014 dengan pernyataan palsu pada tajuk surat itu di tempat dan masa yang sama.

Sejurus selesai prosiding perbicaraan, peguam Datuk D. Sentinathan memohon sesi soal balas ditangguhkan dan dikendalikan oleh peguam Munawar Kabir Mohd. Zainal
Abidin yang sedang bercuti sakit sehingga 2 Ogos ini.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahahruddin Wan Ladin membantah permohonan itu atas alasan tindakan tersebut merupakan percubaan pihak pembelaan untuk melengah-lengahkan perbicaraan sejak tertuduh didakwa Julai tahun lalu.

Wan Shaharuddin berkata, pihak pendakwaan tidak pernah membesarkan isu penangguhan namun bantahan dikemukakan kali ini kerana melibatkan beberapa saksi warga emas yang perlu membuat perjalanan jauh dari Sabah untuk hadir memberi keterangan dalam prosiding ini.

Hakim Azura Alwi menolak permohonan penangguhan dan menetapkan sesi soal balas disambung esok. -UTUSAN ONLINE

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.