Hanya dua cewek doktor kontrak di Sabah yang keluar menunjuk perasaan itupun sekadar solidariti pada rakan mereka di Semenanjung. 😊
Yang kita tahu disana sedang kalut menunjuk perasaan walaupun mungkin mereka tahu, polisi doktor kontrak diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu.
Apapun tahniah pada doktor doktor kontrak Sabah kerana benar benar ilmu yang kamu ada telah menjadi panduan ketika bertindak.

Dua wanita dipercayai pegawai perubatan berstatus kontrak hadir membawa plakad di pekarangan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada Isnin.
KOTA KINABALU : Hanya dua individu hadir pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), di sini setakat jam 12.30 tengah hari Isnin.
Dua wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai pegawai perubatan bergerak dari lobi utama hospital dan menuju ke tempat parkir kenderaan sambil membawa plakad bertulis ‘hkontrak’ dan ‘we are your future specialists’.

Dua wanita dipercayai pegawai perubatan berstatus kontrak hadir membawa plakad di pekarangan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada Isnin.
Kehadiran dua wanita itu hanya disedari petugas media pada jam 11.52 pagi selepas lebih sejam berkumpul di pekarangan HQE1.
Ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran mereka adakah disusuli rakan yang lain, kedua-dua wanita itu menyatakan tidak pasti namun sehingga jam 12.30 tengah hari, tiada sebarang perhimpunan dibuat di hospital berkenaan.
Hartal Doktor Kontrak dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin membabitkan 24 hospital di seluruh negara termasuk di Sabah iaitu HQE1 dan Hospital Tawau sebagai protes kepada kerajaan berhubung tuntutan mereka sebelum ini.

Dr Abraham Hsieh Lih Xian
Sementara itu, di Hospital Tawau difahamkan tiada sebarang perhimpunan diadakan oleh doktor-doktor kontrak sejak jam 11 pagi.
Seorang pegawai perubatan berstatus kontrak, Dr Abraham Hsieh Lih Xian, 32, berkata, perhimpunan seumpama itu tidak wajar diadakan ketika tenaga semua petugas kesihatan diperlukan untuk merawat pesakit.
“Secara peribadi, ketika Covid-19 kita perlu menumpukan kepada rawatan pesakit, dan isu membabitkan kontrak kami, saya percaya kerajaan boleh mendengar masalah dan keperluan kami doktor kontrak sekali gus mencari jalan penyelesaian,” katanya
Sinar/Sayang Sabah