Apa Masalah Saya Sokong PM, Kerajaan – Tajuddin

Betullah tu apa masalah jika seorang pemimpin UMNO menyokong Perdana Menteri dan Kerajaannya. Apa lagi UMNO juga sebahagian dari kerajaan Nasional.

Yang salah bila hanya Presiden yang berpegang pada prinsipnya tapi pemimpin UMNO lain dan ahli UMNO. Diminta walah tanpa memikirkan baik buruk sokongan yang diberikan. Ini tidak adil dan nampak sangat memperbodoh.


Nora Mahpar -July 15, 2021 9:30 AM

Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman meramalkan usaha parti itu untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan menemui “jalan buntu” kerana semua Ahli Parlimen termasuk Jemaah Menteri dari Umno sepakat menyokong Presiden Bersatu itu.

Beliau berkata, sokongan wakil rakyat Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak dilihat sebagai satu kesalahan atau melanggar keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Mac lalu yang tidak pernah menyebut untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin.null

“Saya sokong Timbalan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob), sokong Perdana Menteri, sokong kerajaan. Ada apa masalah? Saya memang sokong.

“Sebab kita dah buat keputusan, semua patuh pada keputusan PAU, Umno kata kita kekal bersama kerajaan PN sehingga pilihan raya akan datang. Selagi belum PRU, kita sokonglah,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, parti juga sudah memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen Umno dalam menggunakan budi bicara apabila berlaku pengundian di Dewan Rakyat.null

“Tidak ada kesalahan yang mereka lakukan. MKT juga beri mereka (Ahli Parlimen Umno) kebebasan untuk buat keputusan sama ada menyokong atau tidak buat masa ini. Jadi apa masalahnya?,” soal Tajuddin yang juga tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Jemaah Menteri yang sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin, di sebalik tindakan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Tajuddin juga mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya melupakan “hasrat” untuk terus mendesak Muhyiddin berundur, kerana waktu “itu” akan tiba akhirnya.

“Dia nak ugut? Apa nak ugut? Bagi saya tak perlu nak ugut, kita ikut sajalah keputusan parti. Sampai masa baru kita buat keputusan nak tarik (sokongan), sampai dah ada PRU, Parlimen dah dibubarkan,” katanya.

Umno ketika ini mempunyai 38 Ahli Parlimen, dengan 16 daripadanya menyandang jawatan menteri atau timbalan menteri.

Bakinya, seramai 21 ialah Ahli Parlimen biasa, manakala seorang lagi menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Khamis lalu, Umno memutuskan untuk menamatkan sokongannya kepada Muhyiddin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera atas tujuh “kegagalan” termasuk pengurusan lemah kerajaan pimpinannya dalam menangani pandemik Covid-19.

Keputusan MKT Umno itu, yang diumumkan presiden parti, setakat ini tidak memberi kesan kepada kedudukan ahli Jemaah Menteri parti itu, termasuk Ismail Sabri yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri minggu lalu.

Polemik mengenai sokongan Umno kepada Muhyiddin mencetuskan perbalahan dalaman parti itu dengan beberapa pemimpin lantang menolak keputusan MKT.

Sumber FMT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.