Ahli Parlimen UMNO, BN Ikrar Tidak Sokong Usul Undi Tidak Percaya

Pasti berita ini mendukacitakan penyokong penyokog Warisan khususnya, sebab puak ini yang aktif di group group WhatsApp menyebarkan propaganda. Kononnya Warisan akan menjadi kerajaan negeri sebelum hujung tahun ini. Oleh itu bertahan, jangan tinggalkan Warisan!

Lebih kurang begitulah jentera Warisan menyebarkan propaganda mereka. Propaganda kampung kampung.

Belum ada kesedaran, tak kan belum nampak lagi. Akibat bila kerajaan dibentuk dengan cara yang haram.

Kerajaan negeri Sabah yang dibentuk oleh Warisan sebelum ini berasaskan persepakatan haram dari Adun BN dan UPKO. Akibatnya ditumbangkan oleh rakyat Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Hari ini mereka masih mengharapkan cara haram yang sama, berharap akan berlaku kerjasama dengan parti UMNO. Sedangkan UMNO lah parti yang paling sengsara mereka kerjakan setiap kali pilihan raya.

Tidak dinafikan taktik itu telah berjaya mengalahkan beberapa calon BN.

Sekali lagi pergi sambung tidur tu semoga nyenyak.

Sebab MP BN telah mengeluarkan kesaksian akan fokus pada usaha membenteras penularan Covid-19. Atau tidak akan terjebak dalam agenda undi tidak percaya yang di terajui pembangkang.


Ahli Parlimen Umno, BN ikrar tak akan sokong usul undi tidak percaya

Ismail Sabri berkata ahli Parlimen Umno dan BN akan menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan isu melibatkan rakyat.

Farhira Farudin

Jun 23, 2021 5:25 PM

Ahli-ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional hari ini bersetuju Parlimen bersidang semula mengikut peraturan mesyuarat sedia ada di samping turut berikrar mereka tidak akan menyokong usul menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata ahli Parlimen Umno dan BN harus sepakat untuk menumpukan usaha memerangi pandemik Covid-19 selain berbincang isu yang melibatkan rakyat.

“Kami amat mengharapkan sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.null

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Ismail yang juga menteri kanan dan jurucakap kerajaan dalam perang Covid-19 berkata menteri dan timbalan menteri Umno dan BN akan komited sepenuhnya dalam melaksanakan tugas- tugas “terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan Covid-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

Kenyataan terbaru itu menambah satu lagi respons terbaru daripada pemimpin Umno menyatakan sokongan mereka terhadap dua kenyatan Yang di-Pertuan Agog dan Majlis Raja-Raja Melayu susulan mesyuarat khas Istana Negara minggu lalu.

Dalam kenyataan mereka, antara lain Raja Melayu menggesa sidang Parlimen yang ditangguhkan sejak Januari lalu diadakan semula secepat mungkin.

Mereka turut mengingatkan supaya suhu politik dalam negara diredakan.

“Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.