Darell Rakyat Bertanya, Shafie Sudah Dibicarakan?

Bila seorang lagi Wakil Rakyat parti Warisan menuntut perkara, sedang dia sendiri tampak tidak tahu kebenarannya. Maksudnya tindakan sesuai sebagai wakil rakyat pembangkang ialah membuat laporan Polis bukan sekadar membuat kenyataan macam laskar Warisan.

Mungkin Wakil Wakil Rakyat Warisan ni tidak ada dalam group WhatsApp pembangkang kot, iylah macam orang yang baru bangun tidur saja ni, kerna isu yang di angkat ni sudah lama. Ibarat nasi, sudah basi pun.

Darell merujuk laporan berita yang mendakwa  ada campur tangan pihak tertentu ke atas badan kehakiman dan pihak keselamatan. Justeru laporan itu tidak boleh diketepikan.

Laporan yang dimaksudkan ialah dakwaan bekas Ketua Polis Negara sehari sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir. Bahawa ada pihak yang mencampuri ketika dia menjalankan tugas.

Yang menjadi pertanyaan, bukti apa yang dipegang oleh si Darell hingga berani membuat tuntutan berat ke atas konstitusi. Kalau ada buatlah laporan Polis.

Atau kah tuntutannya ini hanya retorik niat untuk  memburukkan pemerintah.

Dasar pembangkang kan, begitulah.

Sebaliknya kalau rakyat pula yang bertanya.

Setahap mana konstitusi kehakiman era Pakatan Harapan di martabatkan. Ini kerana sehingga pemerintahan Pakatan Harapan dan Warisan sebagai kerajaan negeri berakhir. Perkembangan pendakwaan SPRM ke atas Shafie, Aziz dan beberapa lagi orang kuat Shafie tidak lagi kedengaran.

Tahun 2017 SPRM mendakwa Shafie, Aziz dan dua lagi setiausaha di Mahkamah Kota Kinabalu kerna terlibat dalam aktiviti menyeleweng dana Kementerian KKLW. Tahun 2018 Warisan atau Pakatan Harapan berjaya mengalahkan kerajaan BN. Adakah pendakwaan itu telah ditarik balik, kalau iya apa alasannya.

Jangan kaitkan atau samakan dengan Tan Sri Musa Aman sebab pihak Mahkamah sendiri yang menggugurkan kes dan ia dilaporkan oleh portal berita termasuklah media Perdana. Hakim yang bertanggungjawab juga adalah lantikan kerajaan Pakatan Harapan. So tidak ada isu ok!


Shafie Apdal Bebas Dengan Jaminan

Oktober 27, 2017 @ 10:09am
thaddius@bh.com.my

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang direman berhubung siasatan penyelewengan dana awam di Sabah sejak 20 Oktober lalu, dibebaskan dengan jaminan RM100,000 pagi ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus, turut memerintahkan Mohd Shafie membayar deposit RM80,000 sebelum Ahli Parlimen Semporna itu dibawa keluar anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 9.45 pagi.

Mohd Shafie sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada jam 9.20 pagi dan dibawa ke Mahkamah Majistret 1 bagi mendapatkan perintah bebas tahanan reman dan menetapkan jaminan SPRM.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah pada 19 Oktober lalu sebelum direman empat hari bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober dan dilanjut empat hari hingga hari ini.

Penahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara tahun 2009 hingga 2015.

Shafie diwakili peguam Loretto J Padua, Martin Tommy dan Zakaria Ismail, manakala SPRM oleh Pegawai Pendakwaan, Mohd Faliq Basiruddin.

Mohd Shafie adalah individu terakhir dibebaskan dengan jaminan SPRM daripada 13 orang yang ditahan reman berhubung siasatan kes itu sejak 6 Oktober lalu.

Antara yang turut ditahan sebelum ini ialah adik Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan ahli perniagaan, Hamid Apdal serta dua bekas setiausaha Mohd Shafie yang ditahan di Putrajaya.

Individu lain ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony; Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim; bekas setiausaha bahagian KKLW, seorang jurutera dan dua lagi ahli perniagaan.

Kira-kira 200 penyokong Warisan berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak jam 8.30 pagi tadi termasuk beberapa pemimpin parti itu.

Turut berada di mahkamah menunggu Mohd Shafie ialah Peter, Mohd Azis dan seorang lagi Naib Presiden Warisan yang juga ADUN Likas, Junz Wong.

Dalam hal berkaitan, Loretto yang juga Setiausaha Agung Warisan berkata, Mohd Shafie dijadual menyertai beberapa aktiviti dirancang parti itu dan belum dipastikan sama ada beliau akan ke Parlimen bagi mengikuti pembentangan Bajet 2018 petang ini.

“Kami belum tahu sama ada beliau akan ke Parlimen sebab mungkin tidak sempat kerana masih banyak proses perlu dilalui selepas ini di pejabat SPRM dan kita juga ada merancang beberapa aktiviti bersamanya,” katanya.

MOHD Shafie adalah individu terakhir dibebaskan dengan jaminan SPRM daripada 13 orang yang ditahan reman berhubung siasatan kes itu sejak 6 Oktober lalu. – Foto Malai Rosmah Tuah


Bagaimana pula dengan yang ini Darell?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.