UMNO DAP (Warisan) Berkomplot Untuk Gugurkan Kes Mahkamah – (Video)

Pendapat Raja Petra ni ada kebenarannya atau boleh dipertanggungjawabkan.

Selain apa yang diperkatakan oleh Raja Petra itu, suka admin mengaitkan dan melihatnya dari kaca mata penulis blog ini.

Maksudnya begini. UMNO dan DAP ada penyakit yang sama iaitu rasuah yang kronik. Pun begitu mereka ada ubat atau kerusi di Parlimen yang boleh menentukan kerajaan sekaligus boleh dijadikan jalan keluar bagi si maling untuk melepaskan diri.

Begitu juga dengan parti Warisan. Terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah. Tapi ini malang sikit, ubatnya tidak begitu berkesan.

UMNO terpalit kerana Najib dan Zahid masing masing angkara skandal 1MDB, SRC dan Yayasan Akal Budi. Manakala DAP kerana Lim Guan Eng dalam skandal pembelian rumah mewah dan projek megah terowong bawah air.

Tidak kurang Warisan, angkara Peter melalui skandal RISDA, Jalan Pertanian dan beberapa lagi.

Ramai yang berpendapat akibat skandal itu Najib, Zahid, Peter dan Lim Guan Eng berpotensi meringkuk dalam penjara untuk tempoh yang lama.

Begitu juga nasib Wira Bahagian Semporna. Akan menerima nasib yang sama kerna skandal yang dilakukannya dalam Kementerian Pelancongan era kerajaan Pakatan Harapan.

Oleh kerana itu mereka, dengan apa cara sekalipun mesti mencari jalan untuk lari dari kemungkinan itu. Tapi bagaimana?

Caranya dengan berkomplot dan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sekaligus diganti dengan kerajaan baharu.

Namun UMNO tidak akan mampu menyingkirkan Perdana Menteri Muhyiddin tanpa undi tidak percaya dari DAP khususnya. Begitu juga sebaliknya.

Sekiranya komplot UMNO dan DAP berjaya membentuk kerajaan baharu. Maka sudah tentulah perkara pertama yang mereka akan kerjakan ialah menggugurkan kes di Mahkamah dan menghalang SPRM dari meneruskan pendakwaan keatas Lim Guan Eng.

Pada pentaksub kluster Mahkamah kamu saja tu yang sengaja tidak mempercayai kesahihan rakaman suara Zahid dan Anwar. Begitu juga pengakuan dari seorang dua pemimpin DAP yang mendakwa mereka ada berbincang dengan beberapa pemimpin UMNO untuk membentuk jajaran baru.

Bangsa UMNO ni semakin pelik. Najib dan Zahid telah menjalani pendakwaan salah guna kuasa di Mahkamah. Tapi masih ada dikalangan penyokong UMNO yang mendakwa dua orang itu masih baik berbanding Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Bangsa parti itu semakin hari semakin goblok!

Sama halnya dengan parti Warisan yang sudah tentu. Hahaha!. Iyalah, asalnya sangat zero tiba tiba bertukar hero. Tapi penyokong Parti ini kata tidak ada apa. Hahaha!

Tapi kan pada hemat admin sekalipun konspirasi ini berjaya membentuk kerajaan baharu. Pasti tidak bertahan akan tumbang di pilihan raya umum yang akan datang. Kenapa? Sebab tidak semua orang sanggup ditadbir oleh parti yang tidak ada bezanya dengan kumpulan Mafia.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.