Desak Perdana Menteri Letak Jawatan Sedang Negara Diancam Covid-19, Binatang Politik

Istilah binatang politik popular di negara jiran Indonesia ia di popularkan oleh rakyatnya yang muak pada sikap sebahagian besar pemimpin mereka yang sering didakwa di Mahkamah kerana rasuah.

Binatang politik disamakan dengan haiwan ganas yang tidak ada rasa kemanusian. Sanggup melakukan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai.

Pada asasnya zoon politikon atau binatang politik datang dari pernyataan Aristoteles (384-322 SM) yang mendefinisikan manusia sebagai “binatang politik” (zoon politikon). Ini kerana golongan ini memang tidak ada lagi rasa kemanusian walaupun secara fizikalnya tidak begitu, masih bergaya ketika berpakaian. Hahaha!

Jadi mengambil istilah zoon politikus atau binatang politik bagi merujuk pihak atau golongan yang mendesak sesuatu dalam keadaan semua lapisan harus berjaga jaga dari ancaman yang boleh mengorbankan jiwa adalah pernyataan yang sangat benar dan boleh dipertanggungjawabkan.

Terdahulu pemimpin tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman mendakwa pihak yang mendesak Perdana Menteri untuk mengadakan sidang Parlimen dan jika tidak dipenuhi menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan adalah binatang politik. Adalah tepat dan bersesuaian memandangkan pihak ini disertai oleh individu individu juga terpalit dengan tuduhan salahgunakuasa di Mahkamah.

Yang lucunya walaupun pernyataan binatang politik ini ditujukan khusus pada Pakatan Harapan. Tapi yang melebih lebih tidak berpuas hati malah marah adalah segelintir pemimpin dan penyokong penyokong UMNO.

Hoii kamu tu belum lagi dinikahkan dengan PH jadi jangan terlalu melaram. Hahaha!


Desakan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin oleh pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai “binatang politik”.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman dalam satu kenyataan menyifatkan desakan itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

“Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara. 

“Sedangkan mereka tahu kadar vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan makin hari makin meningkat kepantasannya. Tidak bolehkah mereka bersabar sedikit masa lagi?” soalnya.

Tambah Muhammad Faiz, jika parlimen dibuka sekarang, bukan saja ahli-ahli Parlimen terdedah dengan varian-varian baru Covid-19 yang lebih ganas, tapi juga semua pihak lain termasuk tukang cuci, pengawal keselamatan, hinggalah kepada staf parlimen.

“Kita tidak mahu kelak nanti wujud pula kluster Parlimen yang mengorbankan nyawa terutama mereka yang berada dalam kelompok berisiko tinggi akibat mempunyai penyakit-penyakit kronik yang lain,” kata Muhammad Faiz.

Menurut Muhammad Faiz, desakan untuk Muhyiddin berundur juga tidak perlu dibuat kerana pengerusi Bersatu itu telah memberi jaminan bahawa Parlimen boleh dibuka semula apabila pelan pemulihan negara berkaitan Covid-19 memasuki fasa ketiga.

“Kenyataan Istana Negara semalam bertepatan dengan kenyataan pihak Perdana Menteri sebelumnya bahawa parlimen akan dibuka secepat mungkin dalam bulan September atau Oktober setelah kadar vaksinasi kebangsaan mencapai sasaran tertentu serta setelah kes-kes baru Covid-19 dapat diturunkan dengan drastik. Tiada titah dari Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibuka sekarang juga ketika darurat sedang berlangsung hingga 1 Ogos nanti,” kata Faiz.

Terdahulu, Majlis Presiden PH menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan jika gagal menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka semula parlimen secepat mungkin.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan pemimpin DAP, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata pemimpin PH kini bagaikan menangguk di air yang keruh dengan cuba memutar-belitkan kenyataan dari Istana Negara bagi tujuan politik dan mengalihkan perhatian rakyat di negara ini.

“Kenyataan dari Istana Negara semalam juga langsung tidak menyebut bahawa kerajaan Malaysia pimpinan Perikatan Nasional (PN) sekarang gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya malah tiada pula dilayan sebarang cadangan untuk membentuk MAGERAN (Majlis Gerakan Negara), PRU (Pilihanraya Umum) dalam waktu terdekat atau sebarang bentuk penukaran kepimpinan negara dari yang sedia ada,” katanya.

Tambah Muhammad Faiz, apa yang diinginkan pihak Istana Negara kini adalah kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing untuk menangani wabak Covid-19.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.