RM15 Juta Adalah Kelulusan Kabinet Untuk Membeli Laptop

Nah kenapa sudah Datuk Rahman Dahlan macam perangai Cybertrooper pembangkang yang suka mengada-ngada tu. Benda yang baik sengaja di putar belit supaya nanti kerajaan ini dipandang serong oleh rakyat.

Jangan dia lupa UMNO juga berada dalam kerajaan Perikatan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah.

Sebelum ini Rahman Dahlan mempertikai tindakan kerajaan negeri Sabah kerana membeli 10 ribu unit komputer riba menggunakan peruntukan RM15 juta. Sedangkan peruntukan pemberian Komputer riba telah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan diagihkan tidak lama lagi.

Komputer Riba yang dibeli oleh kerajaan negeri Sabah kelak akan diagihkan pada pelajar pelajar tingkatan 5 dan 6 sebelum akhir tahun ini.

Mengikut spin Rahman Dahlan sepatutnya peruntukan RM15 juta itu digunakan untuk membantu masyarakat yang terbeban akibat PKP.

Nah kenapa Rahman Dahlan, bukan kah pelajar itu juga merupakan masyarakat yang terkesan oleh PKP. Dimana tidak semua ibu bapa mereka berkemampuan membeli komputer riba.

Apa juga masalahnya kalau kerajaan negeri mengambil inisiatif demi untuk membantu rakyat Sabah yang memerlukan. Kalau pun selepas ini peruntukan dari Perseketuan diterima, gunakan lagilah untuk membeli komputer riba ataupun keperluan lain.

Jangan main terkam Rahman Dahlan. Pastikan maklumat yang disebarkan adalah sahih.

Peruntukan RM15 juta itu adalah peruntukan kerajaan yang telah diluluskan diperingkat Kabinet. Kabinet itu ada dua satu Kabinet Negeri satu lagi Kabinet Perseketuan tapi tetap menggunakan wang rakyat. So apa bezanya, ini kerajaan Malaysia lah.

Kerajaan Najib sebelum ini pun menggunakan dana dari agensi swasta tertentu untuk mengurus masyarakat. Macam saja rakyat tidak tahu. Jadi cari isu lain lah Rahman Dahlan, jangan terikut ikut dengan rentak pembangkang yang suka mengada-ngada tu.

Hidup kerajaan rakyat, hidup kerajaan Gabungan Rakyat Sabah, hidup Perikatan Nasional.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.