Kerajaan Vietnam Rayu Sumbangan Rakyat Untuk Beli Vaksin Covid-19

Nah baca betul betul berita ini pemerintah Vietnam merayu pada rakyatnya supaya menghulurkan sumbangan tunai yang akan digunakan untuk membeli vaksin Covid-19.

Kamu rasa andai rayuan itu berlaku di Malaysia, apa yang akan di canang oleh pembangkang dan masyarakat yang tidak reti diuntung? kerajaan gagal, walhal diri sendiri yang tolol sebab segala galanya dipolitikkan. Lihat saja kompaun keatas pesalah SOP PKP ia diputar belit supaya kerajaan pula yang dipersalahkan, walhal tujuan kompaun dikenakan adalah untuk mendidik masyarakat supaya mereka terhindar dari jangkitan Covid-19.

Begitu juga dengan sekatan jalan raya yang bertujuan untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Juga sengaja disalah tafsir oleh pembangkang atau pihak yang tidak bertanggungjawab supaya nanti rakyat yang terbabit menyampah pada kerajaan.

Ibu kepada undang undang penguatkuasaan iaitu Darurat pun disaran agar dibatalkan. Ini yang dilakukan oleh pembangkang di Malaysia.

Di Malaysia ni kerajaan suruh duduk di rumah kerana risaukan kesihatan mereka pun di gaji atau diberikan bantuan tunai.

Suntikan Vaksin sudah tentulah diberikan secara percuma. Tapi itu pun masih ada lagi yang mencanang kononnya kerajaan Perikatan Nasional, kerajaan yang gagal.

Di Malaysia yang diperintah oleh Perikatan Nasional hampir segala galanya percuma walaupun semua negara di dunia ini berhadapan dengan krisis Kewangan akibat pendemik Covid-19.


HANOI: Vietnam yang pernah dijadikan sebagai contoh kepada seluruh dunia atas kejayaannya membendung penularan COVID-19, kini meminta sumbangan derma daripada rakyatnya untuk membeli vaksin tatkala ia terkial-kial membendung gelombang baru coronavirus.

Negara Asia Tenggara itu baru memvaksin hanya sekitar satu peratus daripada penduduknya yang seramai hampir 100 juta, dan pihak berkuasa semakin bimbang terhadap jumlah kes jangkitan yang semakin meningkat di negara itu.

Sejak minggu lalu, para penduduk menerima sehingga tiga pesanan teks yang menggesa mereka supaya menyumbang dana kepada pembelian vaksin COVID-19, manakala penjawat awam pula digalak supaya mendermakan gaji sehari mereka.

Sesetengah penduduk yang berasa bimbang dengan kesan virus itu terhadap ekonomi Vietnam – salah satu ekonomi dunia yang mencatat pertumbuhan tahun lalu – memberitahu AFP bahawa mereka menyokong usaha untuk mengumpul dana.

Seorang penjawat awam, Nguyen Tuan Anh, memberitahu AFP bahawa beliau menyumbang sekitar AS$50 (RM206.07) menerusi pindahan bank dan bayaran melalui SMS kerana vaksin akan memastikan ‘ekonomi Vietnam akan kembali stabil dan dapat terus berkembang’.

Wilayah-wilayah perindustrian di utara Vietnam yang menempatkan kilang-kilang utama seperti Samsung dan Foxconn – terjejas teruk akibat penularan terkini.

Di merata Vietnam, berpuluh-puluh ribu penduduk hilang mata pencarian, menurut media tempatan, dengan restoran-restoran terpaksa ditutup di hab-hab utama seperti Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.

Jumlah kes meningkat lebih tiga kali ganda sejak April untuk mencecah hampir 9,000 kes.

Meskipun jumlah itu adalah rendah jika dibandingkan dengan sebilangan besar negara-negara Asia Tenggara, kadar vaksinasi bagi setiap penduduk di Vietnam adalah yang paling rendah di rantau ini, dan antara yang terendah di Asia, menurut perangkaan AFP. – AFP

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.