Aziz Jamman Darurat Bukannya Sejenis Ubat Pil

Ahli Parlimen Sepanggar atau Ketua Wira Warisan pusat, Aziz Jamman membuat gesaan supaya persidangan Parlimen secara konvensional dapat diadakan bagi kononnya membolehkan isu berkaitan Covid 19 dapat di suarakan.

Menurut si Aziz darurat konon telah dilaksanakan tapi tiada ciri ciri darurat kerana kes masih meningkat.

Pemimpin cetek dan tidak bertanggungjawab ini juga melihat kononnya perlaksanaan darurat hanya untuk memastikan kerajaan Perikatan Nasional tidak tergugat.

Nah ada juga pemimpin seperti ini ya. Tidak mampu mengenal secara tuntas pokok persoalan. Harus dia tahu bha, darurat bukannya sejenis ubat pil yang boleh ditelan dan boleh menyembuhkan penyakit. Darurat adalah langkah mengawal keadaan yang boleh dilaksanakan secara berperingkat, agar gejala yang menimpa tidak bertukar kronik hingga melumpuhkan perjalanan sesebuah negara.

Atau mungkin Si Aziz ni sedang memasang angan angan sekiranya sidang Parlimen diadakan. Maka akan berlaku undi tidak percaya dan dia balik di angkat sebagai Timbalan Menteri. Kalau benar telaan ini sah dia ni tidak berkredibiliti dan hanya mampu menumpang tui orang.

Jangan dia lupa yang bertanggungjawab mencetuskan gelombang kedua Covid-19 di Malaysia ialah Warisan alsebab enggan melepaskan jawatan Ketua Menteri malah sanggup mati daripada melepaskannya. Nah Warisan ini akan tercatat sebagai sejarah dan tidak mungkin dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Bayangkan dalam keadaan darurat pun kadar kes agak meningkat, cuba bayangkan tanpa darurat atau pemerintah hanya melaksanakan PKP apa akan jadi. Pasti keadaan akan jauh lebih teruk dari hari ini.

Apa lagi rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional ni semacam tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, adakah patut kompaun yang dikenakan keatas pesalah SOP boleh pula rakan itu menawarkan guaman. Tapi itulah apa boleh buat!

Dari konteks Malaysia perlaksanaan darurat telah berjaya mengekang jangkitan Covid-19. Ini dibuktikan berdasarkan perbandingan dan pengakuan beberapa individu dan pihak yang bertauliah.

Jika kita membuat perbandingan antara Malaysia dan negara negara jiran seperti Indonesia dan Philippines. Ternyata nanti angka jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terlalu rendah berbanding mereka.

Di Jawa Barat saja jumlah jangkitan sehingga 04hb June 2021 sudah mencecah ribuan kes. Kamu dengarkan sendirilah laporan luar dari negara jiran ini. Kalau ada yang cakap Malaysia gagal menanggani penularan Covid-19.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CNBC bertarikh 01hb June 2021. Melaporkan memang bulan June ini  Covid-19 akan melanda negara negara Asia. Sebab itulah walaupun Singapura telah memvaksin penduduknya sehingga 90% namun lockdown masih dijalankan. Tidak terkecuali Jepun, juga melakukan lockdown di bandar Tokyo. Nah pergi dengarkan sendiri, malas admin nak ulas.

Kalau mahu lebih detail dan ikhlas ingin mengetahui perkembangan Covid-19 di seluruh dunia dan berminat untuk membuat perbandingan, kamu orang klik lah link dibawah. Itu portal milik negara Turki. Jangan malas kalau kuat mengkritik, apa kelas kalau begitu.

Situasi Terkini Coronavirus (Covid-19)

1 komen

  1. assalammualaikum..kawan😊..salam aidilfitri buat semua…anna mahu minta tolong sikit..isu ttg di aziz tuuhh..tolak tepi aja..siapa Menteri yg jaga kementerian wanita …okeh ..skrg ada kawan minta tolong pada YB Rina..ttg problem wanita wanita di Sabah…jadi tau ajelah…Krjn negeri mahupun persekutuan…tahun akan problem begini..ttg status cerai atau apa pun ..kami kan ada ahli ahli parti di Sabah…please concern about this…kebajikan rakyat perlu di utamakan..jadi siapa handle jawatan..berkejarlah YB YB…rakyat perlukan kamu skrg..jgn jadi YB sekadar raih undi aja…jgn terlalu protokol itu ini apa bagai..dan minta semua sedar..ini bukan cara kerja UMNO atau BN…kawasan msg msg …turunlah lihat para rakyat..ada masaalah mahu di sampaikan..ada pekara mahu di selesaikan…anna minta sesangat…jgn bikin lagi org org bukan dari Warganegara πŸ‡²πŸ‡Ύ rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ…ini mesti dijaga…bukan bela PATI..skrg undang undang harus diterap utk dilaksanakan…pihak persekutuan akan hantar memo ini..tolong yea…byk masaalah tidak diselesaikan..menambah lagi ada ..minta Abg Hajiji..buat apa perlu laksanakan…jgn jadikan Sabah itu lain mcm…jenuh Abg Hajiji…cari org org kita sendiri (rakyat πŸ‡²πŸ‡Ύ)..anna ada..abg Din ada.. do the best dear…TQ😊

    AnnaAriff1972😊

    Liked by 1 person

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.